Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuang] | کواڠ

Definisi : sj burung, kuau; ~ cermin, Polyplectron inopinatum; ~ mas, Chrysolophus pictus; ~ perak, Lophura nycthemera; ~ pongsu, Polyplectron malacense; ~ ranting, Lophura edwardsi; ~ raya, Argusianus argus; ~ raya gunung, Rheinardia ocellata; mati ~ (kuau) kerana bunyi prb mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana perbuatannya sendiri; spt ~ memekik di puncak gunung prb a) perihal orang yg sedang mencintai kekasihnya; b) dikatakan tentang perempuan yg bercakap dgn suara yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : ; balik ~ a) tertunggang, terjungkir; b) tidak spt yg sewajarnya (sepatutnya, se­harusnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : ; ulat ~ sj ulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : nama sj burung, Argusianus argus argus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuang

Puisi
 

Tidak jadi padi Terengganu,
     Burung kuang berintik-rintik;
Tidak jadi dengan si anu,
     Air Pahang balik mudik.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mati kuang kerana bunyi.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kapiak, *pakiak* Mrburung kuang.Bagi penari lelaki pula akan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dipasangkan dengan sepasang abag atau cawat yang berwarna kesumba atau merah. Pada bahagian kepala perempuan akan dihiasi dengan sejenis bulu kapiak (burung merak dan demikian juga bagi penari lelaki).Tarian kepingan besiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas