Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuan.tum] | کوانتوم

Definisi : 1. banyaknya, bilangannya; 2. bahagi­an (banyak) yg tertentu; 3. (Fiz) kuantiti tenaga tertentu yg boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem; teori ~ teori yg menyatakan bahawa tenaga itu diserapkan atau dipancarkan tidak terus-menerus tetapi terputus-putus dlm unit yg tertentu yg disebut kuantum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuan.tum] | کوانتوم

Definisi : ist kuantiti tenaga tertentu yg boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuantum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya tinggal di Jerman dan sekarang sedang berusaha untuk menyunting Wikipedia bahasa Melayu. Tolong berikan kata ganda bagi kata nama: kuantum. Adakah kuantum-kuantum? Di dalam bahasa Latin, kata ganda bagi kata nama ini ialah quanta (quantum (sing.)). Memandangkan hukum di dalam bahasa Latin amat berlainan dengan bahasa Melayu, saya mencadangkan untuk mengguna kuantum-kuantum.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kuantum bermaksud 1. banyaknya,bilangannya 2. bahagian(banyak)yang tertentu3. (Fiz)kuantiti tenaga tertentu yang boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu perkataan ini tidak perlu digandakan. Tatabahasa01.07.2008
1. Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah 'accelerated learning'? 2. Bagi istilah 'quantum learning', adakah boleh diterjemahkan dan dieja sebagai 'pembelajaran kuantum' ?Kedua-dua frasa belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan frasa accelerated learning diterjemahkan kepada pembelajaran cepat dan quantum learning diterjemahkan kepada pembelajaran kuantum.Istilah17.11.2011

Kembali ke atas