Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.ran.tin] | کوارنتين

Definisi : tempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yg disyaki membawa sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas utk mencegah penyakit itu drpd merebak; mengkuarantin mengasingkan atau menahan orang, haiwan atau tumbuhan di tempat khas, terutamanya yg baru sampai dr luar negara, utk memastikan ia bebas drpd sebarang penyakit berjangkit, atau mencegah penyakit drpd merebak: kerajaan akan ~ pelancong asing yg menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.ran.tin] | کوارنتين

Definisi : (tempat atau tempoh) pengasingan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan dr luar negara yg disyaki menghidap penyakit berjangkit. mengkuarantin mengasingkan atau menahan orang, haiwan atau tumbuh-tumbuhan di tempat khas, terutamanya yg baru sampai dr luar negara, utk memastikannya bebas drpd sebarang penyakit berjangkit, atau utk mencegah penyakit drpd merebak: Pihak berkuasa telah ~ pelancong yg menunjukkan tanda-tanda penyakit tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuarantin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUARANTIN

Kuarantin ialah pengasingan orang, tempat atau

haiwan yang berkemungkinan membawa penyakit

berjangkit yang berbahaya. Tempoh kuarantin tertakluk

kepada tempoh masa yang diperlukan untuk

melindungi daripada penyakit tertentu.

UMUM 
PERAKUAN KESIHATAN

Perakuan kesihatan ialah sijil yang

dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak

berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan

keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan

keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak

belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak

penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan

diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah

kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin

sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah

dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan

kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin

selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat

yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan.

UMUM 

Kembali ke atas