Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.sa] | کواس

Definisi : 1. daya atau kemampuan (utk melaku­kan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentu­kan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut “enam kuasa tiga”, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapat­dapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya; berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berke­mampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; menguasakan memberi kuasa kpd, me­wakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau me­nguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai pengua­saan; penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.sa] | کواس

Definisi : ark sj tongkat yg hujungnya ber­cangkuk besi (utk mengemudikan gajah), angkus, kosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.sa] | کواس

Definisi : 1 kemampuan atau kekuatan utk melakukan sesuatu; tenaga; daya: Apa ~ kita menentang pengganas-pengganas yg bermaharajalela di sana? 2 hak yg diberikan (kpd seseorang, persatuan, badan dll) utk mengurus atau utk melakukan sesuatu: Beliau telah diberi ~ menangkap sesiapa yg melanggar undang-undang. 3 hasil yg diperoleh dgn mendarabkan sesuatu nombor dgn nombor itu sendiri beberapa kali: ~ dua, ~ tiga; ~ empat. Dua ~ tiga ialah 2 ´ 2 ´ 2 iaitu 8. ~ air tenaga yg diperoleh drpd air terjun atau air yg mengalir, utk menjalankan jentera dll. ~ atom tenaga yg diperoleh drpd pecahan nukleus. ~ elektrik tenaga elektrik (utk menjalankan jentera dll). ~ ghaib kekuatan yg diperoleh drpd sesuatu yg tidak dpt dilihat; kesaktian. ~ kuda a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. berkuasa mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? menguasai 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. kekuasaan kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. penguasaan perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. penguasa orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Puisi
 

Mastika di Tanjung Tuan,
     Pakai anak bidadari;
Gunung tinggi kuasa Tuhan,
     Duri di hutan tajam sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
power6. state, organisation, person, having great authority or influence, kuasa: a meeting of the great ~s, mesyuarat kuasa-kuasa besar; he started from nothing but soon became a ~ to be reckoned with, dia langsung tdk dikenali semasa memulakan perniagaannya tetapi tdk lama kemudian menjadi satu kuasa yg disegani; 7. a. energy harnessed to do work, tenaga: the house is heated by solar ~, rumah itu dipanaskan dgn menggunakan tenaga suria; b. (attrib) operated by electrical or mechanical energy, kuasa: ~ steering, stering kuasa; c. (of engine etc) capacity, keupayaan: the car’s ~ of acceleration has weakened, keupayaan pecutan motokar itu telah lemah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
co-signatory, (US) cosignatoryadj menandatangani bersama: the ~ powers, kuasa-kuasa yg menandatangani bersama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force3. so., st that exerts influence, kuasa: religion is a powerful ~ in shaping society, agama ialah kuasa yg kuat dlm membentuk masyarakat; ~s of nature, kuasa-kuasa alam; 4. (phys) daya: ~ of gravity, daya graviti; magnetic ~, daya magnet; 5. (mil, police) pasukan: police ~, pasukan polis; 6. legal power of binding, kuatkuasa: the ~ of an agreement, kuatkuasa perjanjian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alliedadj 1. joined, a. (by treaty) bersekutu, berikat: the ~ forces, kuasa-kuasa bersekutu; b. usu A~, Pihak Berikat; 2. connected, berkait(an), berhubung(an): closely ~ to his lack of self-confidence was his fear of being ridiculed, bahawa dia takut dipersendakan berkaitan rapat dgn kurangnya kepercayaan thdp dirinya sendiri; 3. connected by likeness, resemblance, descent, berkaitan: biology and ~ sciences, biologi dan bidang-bidang ilmu sains berkaitan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
destructiveadj 1. causing destruction, membinasakan, memusnahkan: a ~ fire, api yg memusnahkan; the ~ forces of nature, kuasa-kuasa semula jadi yg membinasakan; ~ insects, serangga perosak; 2. wanting, tending to destroy, bersifat perosak: a ~ child, kanak-kanak yg bersifat perosak; 3. not constructive, merosak: ~ criticism, kritikan yg merosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conflictn 1. fighting, battle, pertempuran: armed ~, pertempuran bersenjata; 2. struggle, controversy, konflik, pertikaian, persengketaan: the ~ between the superpowers, pertikaian antara kuasa-kuasa besar; the ~ between the church and the state, persengketaan antara pihak gereja dgn pihak kerajaan; 3. opposition, difference, konflik, percanggahan, pertentangan: a ~ of ideas, percanggahan idea; a ~ of interests, konflik kepentingan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
notablyadv 1. noticeably, dgn ketara: prices dropped ~, harga jatuh dgn ketara; 2. especially, terutamanya: other powers, ~ Britain and the United States, kuasa-kuasa lain, terutamanya Britain dan Amerika Syarikat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
maleficentadj (fml or liter.) capable of doing evil, jahat: one scene in the play portrayed the ~ powers of a witch-doctor, satu adegan dlm lakon itu menggambarkan kuasa-kuasa jahat seorang pawang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
checkmatevt 1. (in chess) mengemat; 2. defeat, frustrate, membantutkan, menahan, menyekat: a move which ~d the rise of rival powers, suatu langkah yg membantutkan kebangkitan kuasa-kuasa yg menentang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
empowervt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas