Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan P.U. (A) dan P.U. (A) i untuk Pemberitahu Undangan ? apakah pula maksud nombor selepas '296' sebagai contoh PU (A) 296?Salam sejahtera,

Terma undang-undang

P.U (A) adalah Pemberitahu Undangan dan kurungan A bermaksud kuasa tersebut diambil daripada Akta Ibu. Ia merupakan perundangan subsidiari kepada Akta Ibu tersebut dan dirujuk sebagai peraturan.

Berkenaan dengan P.U (A) i, berkemungkinan huruf/nombor roman itu membawa maksud jilid kepada peraturan tersebut. Namun begitu, fakta ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Untuk mendapatkan kepastian, boleh dirujuk persoalan ini kepada Jabatan Peguam Negara.

Maksud kepada nombor selepas daripada huruf P.U (A) tersebut membawa maksud bidang/pengkelasan undang-undang sebagai contoh P.U (A) 296 adalah berkenaan dengan Peraturan Pembangunan Perumahan (Pengawalan dan Pelesenan) (Pengecualian). Pembangunan perumahan itu adalah bidang undang-undang yang dibincangkan dalam peraturan tersebut.

Namun begitu, Tuan/Puan disarankan untuk merujuk kembali persoalan ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan tepat.

Sekian.

Lain-lain27.04.2021
Saya ingin memohon pencerahan DBP berhubung maksud ayat ini yang dipetik dari undang-undang bertulis di Malaysia : "Lembaga hendaklah menimbangkan rayuan daripada mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan kuasa melantik dan menaikkan pangkat itu". Maksud "menimbang" di sini adakah termasuk membuat keputusan tentang rayuan tersebut? Terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan perkataan menimbangkan bermaksud memikirkan untuk membuat kesimpulan, keputusan dan sebagainya. Data yang diberikan ini bukan khusus kepada bidang perundangan, sebaliknya digunakan dalam ungkapan umum.Tatabahasa06.02.2015
Assalammualaikum Tuan, Saya bernama Shamsul Izuan bin Sapiin. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Inspektorat & Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami sekarang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah kesalahan Peraturan 16A(2)(b) iaitu perkara yang dilarang pada bungkusan atau label hasil tembakau. Disertakan keratan Peraturan 16A(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kesalahan syarikat ini adalah di mana telah menyatakan satu perkataan pack sleve di bungkusan kotak rokok dengan perkataan “ #1 MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND” - Disertakan gambar sebagai rujukan. Oleh itu, pihak kami memohon jasa baik tuan, untuk memberi tafsiran perkataan di atas samada iainya berbentuk kualiti atau pengredan. Pihak kami akan membuat rakaman secara bertulis ke atas pihak tuan bagi membantu siasatan dalam kes ini. Pihak tuan boleh berhubung seperti nama di atas di talian : 01110022740. Kerjasama dari pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Shamsul Izuan bin Sapiin Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Inspektorat & Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Tel : 01110022740Kebiasaannya tanda pagar pada perkataan tidak boleh diterjemahkan kerana digunakan oleh sesebuah organisasi yang menjalankan kempen pada produk. Cadangan terjemahan bagi MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND ialah "JENAMA PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS" atau cukup sekadar "PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS". Bagi kualiti atau pengredan sesuatu produk pula, ini merupakan luar bidang kuasa pihak kami. mohon tuan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab yang mengawal selia bagi pengeluaran rokok di Malaysia.
 
Makna03.03.2022
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

1.  Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya.

Tatabahasa17.02.2011

Kembali ke atas