Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
private international lawundang-undang antarabangsa persendirianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu jenis undang-undang dalam undang-undang antarabangsa. Undang-undang antarabangsa persendirian mengawal hubungan sesama individu atau syarikat merentasi beberapa bidang kuasa perundangan yang berbeza, iaitu melibatkan interaksi, transaksi, kontrak perniagaan atau perkahwinan antara dua atau lebih entiti yang mempunyai kewarganegaraan yang berlainan. Contohnya, undang-undang negara manakah yang akan digunakan untuk mengawal kesahihan sesuatu kontrak apabila kontrak dibuat di sesebuah negara tetapi dikuatkuasakan di luar negara. Dalam amalan yang lazim, negara-negara biasanya mengamalkan prinsip yang sama, iaitu penentuan dibuat berdasarkan tempat atau negara kontrak itu ditandatangani. Contoh lain, keabsahan perkahwinan antara seorang rakyat Malaysia dan seorang rakyat England di bumi Brazil membabitkan undang-undang ketiga-tiga negara berkenaan, iaitu: undang-undang Malaysia bagi menentukan keupayaan rakyat Malaysia itu berkahwin; undang-undang England bagi menentukan keupayaan rakyat England itu berkahwin; dan undang-undang Brazil bagi mengatur proses perkahwinan itu dilangsungkan. Undangundang antarabangsa persendirian juga dikenali sebagai konflik undang-undang.
legal capacitykapasiti undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSatu konsep yang meletakkan keupayaan kepada sesuatu entiti perundangan yang mempunyai personaliti undangundang untuk menjadi pemegang hak dan obligasi di sisi undang-undang. Dalam hal ini, sesuatu entiti perundangan yang merangkumi individu, syarikat atau negara boleh bertindak atau melakukan sesuatu berkaitan hak dan kewajipannya. Kapasiti undang-undang memberikan kuasa kepada entiti perundangan untuk melaksanakan satu transaksi, mengekalkan sesuatu status atau hubungan dengan pihak lain serta mewujudkan, mengubah atau menamatkan sesuatu hubungan undang-undang. Dalam konteks undangundang domestik contohnya, seseorang lelaki yang berusia 18 tahun dan ke atas mempunyai kapasiti undangundang untuk berkahwin. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, kapasiti undang-undang dimiliki oleh entity perundangan antarabangsa khususnya negara dan pertubuhan antarabangsa. Contohnya, sesebuah negara yang mempunyai kapasiti undang-undang boleh membuat perjanjian dengan sebuah negara yang lain.
natural personorang sebenarUndang-undangUndang-undang AntarabangsaManusia, iaitu yang meliputi individu atau kumpulan individu yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Contohnya, dalam undang-undang nasional, seseorang individu mempunyai hak untuk hidup dan kewajipan untuk mematuhi undang-undang. Sekiranya individu itu dicederakan oleh orang lain, individu tersebut boleh membuat tuntutan saman di mahkamah. Orang sebenar dalam masa yang sama boleh berfungsi sebagai orang perundangan dalam sistem undang-undang nasional, tetapi tidak dalam sistem undang-undang antarabangsa. Hal ini bermakna, orang sebenar bukan merupakan orang perundangan antarabangsa dan juga bukan merupakan subjek undang-undang antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh orang sebenar tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau membuat triti antarabangsa dengan mana-mana negara. Hanya negara sahaja yang boleh membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Selain itu, pertubuhan antarabangsa juga boleh membuat tuntutan di tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, orang sebenar yang terlibat melakukan jenayah antarabangsa seperti jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan atau genosid boleh didakwa di mana-mana negara (bukan sahaja di negara tempat dia melakukan jenayah itu) dan juga di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Dalam undang-undang ekonomi antarabangsa, orang sebenar boleh menyaman negara atau kerajaan di tribunal timbang tara antarabangsa jika terdapat triti yang membenarkan negara untuk disaman kerana melanggar hak orang sebenar seperti hak ke atas harta. Hal ini berlaku selepas Revolusi Iran pada tahun 1979 apabila orang sebenar dalam kalangan warga Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan ekonomi di Iran sebelum Revolusi tersebut, menerima kemudaratan akibat tindakan negara Iran. Tribunal Tuntutan Iran-Amerika Syarikat ditubuhkan dengan persetujuan kedua-dua negara pada tahun 1981 bagi memberikan bidang kuasa kepada tribunal tersebut untuk menyelesaikan tuntutan orang sebenar terhadap Iran.
International Law Commission (ILC)Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ILC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaSuruhanjaya yang dianggotai oleh pakar undang-undang antarabangsa yang dipilih oleh Perhimpunan Agung PBB, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengkodifikasikan undangundang adat antarabangsa dan menggalakkan perkembangan mula melakukan tugas-tugasnya berhubung pembangunan undang-undang antarabangsa pada tahun 1949. Melalui aktiviti suruhanjaya ini, banyak draf perjanjian pelbagai pihak disediakan untuk dipersetujui oleh negara perunding. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya ini telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa buah konvensyen. Antaranya ialah Konvensyen Undangundang Laut PBB 1982 yang berkuat kuasa pada tahun 1994, Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik (1961) dan Konvensyen Vienna mengenai Undang-Undang Triti (1969).
administrative lawundang-undang pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Peraturan yang menetapkan tatacara mengawal pentadbiran sesebuah negara. Undang-undang ini wujud daripada keperluan untuk membentuk dan membangunkan sistem pentadbiran awam yang cekap dan berkesan serta mengandungi cabang kod undang-undang sesebuah masyarakat. Antara fungsi undang-undang ini ialah menetapkan had kegiatan yang dimaksudkan dan menyediakan peluang tuntutan yang adil. Chandler dan Plano menekankan bahawa undang-undang ini adalah bentuk undang-undang yang dibuat dan digunakan oleh agensi kerajaan untuk melaksanakan tugas pentadbiran. Kuasa pelaksanaan perundangannya diberikan oleh badan perundangan. Sesuatu tindakan yang tidak sah boleh dikemukakan kepada mahkamah untuk dibicarakan menurut undang-undang pentadbiran.

delegated legislationperundangan perwakilanUndang-undangTiadaUndang-undang yang dibuat oleh individu atau bdan yang telah diberi kuasa oleh badan perundangan untuk menggubal undang-undang tentang perkara-perkara tertentu.
advisory opinionpendapat nasihatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu bidang kuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menangani hal-hal yang berkaitan penyediaan jawapan bagi persoalan undang-undang antarabangsa yang diperlukan oleh organ utama PBB, terutamanya Perhimpunan Agung PBB. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa diminta untuk memberikan pendapat nasihat atau pandangan perundangan berkenaan persoalan tersebut. Pendapat nasihat tersebut tidak mengikat mana-mana negara atau pertubuhan, tetapi ia boleh membentuk undang-undang adat antarabangsa pada masa hadapan. Contoh kes yang melibatkan pendapat nasihat ialah kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights yang diputuskan pada tahun 1999 berkenaan tindakan mahkamah Malaysia mendengar kes saman yang membabitkan seorang agen PBB.
national criminal jurisdictionbidang kuasa jenayah nasionalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBidang kuasa sesebuah negara untuk menghukum perbuatan jenayah. Bidang kuasa ini termasuk bidang kuasa pihak penguatkuasa seperti polis untuk menangkap penjenayah, dan bidang kuasa mahkamah domestik untuk mengadili penjenayah. Bidang kuasa jenayah nasional ditentukan sendiri oleh negara berkenaan melalui proses perundangan. Terdapat keadaan apabila beberapa buah negara menuntut untuk mengadili seseorang penjenayah. Dalam hal ini, undang-undang antarabangsa mengatur tuntutan-tuntutan tersebut dan menentukan beberapa prinsip umum. Contohnya, Encik X, seorang warganegara A disyaki melakukan jenayah keganasan di negara B. Mangsa terdiri daripada warganegara B dan C. Negara A boleh menuntut untuk mendakwa X kerana si penjenayah ialah warganegaranya, dengan syarat Negara A mempunyai undang-undang jenayah yang meliputi aktiviti keganasan di luar wilayahnya. Negara B juga boleh menuntut untuk mendakwa X kerana jenayah tersebut berlaku dalam wilayahnya dan mangsa jenayah tersebut ialah warganegaranya. Negara C juga turut boleh menuntut untuk mendakwa X kerana mangsa jenayah tersebut adalah warganegaranya, dengan syarat Negara C mempunyai undang-undang jenayah yang meliputi aktiviti keganasan di luar wilayahnya.
ratificationratifikasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCara sesebuah negara menzahirkan persetujuan untuk terikat dengan sesuatu perjanjian. Sebarang kemungkiran oleh negara tersebut boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa. Kuasa meratifikasi berada di tangan ketua negara, ketua kerajaan dan menteri luar negeri. Walau bagaimanapun, kuasa meratifikasi tertakluk kepada perlembagaan sesebuah negara. Terdapat negara yang mensyaratkan keizinan daripada badan perundangan sebelum proses ratifikasi dilakukan.
jurisdiction of the courtbidang kuasa mahkamahUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBidang kuasa yang diberikan kepada badan kehakiman bagi membolehkannya membuat pengumuman berkenaan hal-hal perundangan dan mentadbir keadilan dalam batasan yang tertentu seperti perkara yang dipertikaikan, kawasan geografi yang terlibat atau pihak-pihak yang bertelingkah. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, bidang kuasa mahkamah mesti dipersetujui oleh sesebuah negara. Tanpa persetujuan negara, sebarang tindakan undang-undang tidak boleh diambil ke atas negara tersebut di mahkamah antarabangsa, termasuk di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
123

Kembali ke atas