Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya pemilihan pucuk kepimpinan pemilihan teraju kepimpinan barisan pemimpin Yang manakah betul dan apakah perbezaan mereka? Terima kasih :)Pucuk pimpinan, teraju pimpinan dan barisan pemimpin membawa maksud yang sama iaitu menunjukkan sesuatu yang di atas dan mempunyai kuasa tertinggi. Ketiga-tiga frasa ini boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Lain-lain13.08.2021
Aslmkum tuan... 1. Sesuaikah sy menggunakan kata 'Panitia' bagi menggantikan kata 'Badan' untuk kata nama khas bagi Panitia Amal dan Khairat Anggota Teraju di kolej saya? 2. Adakah kata 'Teraju' dlm kata nama khas tersebut boleh mewakili/menggambarkan seluruh warga kerja yg berkhidmat di kolej saya atau hanya mewakili pemimpin atasan sahaja. Sekian, terima kasih1. Panitia bermaksud sekumpulan orang yang diberi tugas mengurus sesuatu atau jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, jika disesuaikan dengan maknanya, tidak ada masalah jika digunakan.
2. Teraju bermaksud dalam konteks ayat tersebut bermaksud kuasa tertinggi, pucuk pimpinan.
Makna02.12.2016
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita?Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat  bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum.Tatabahasa27.12.2016
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
 
Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu".
Tatabahasa31.10.2013

Kembali ke atas