Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam; 2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa ben­teng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus; 3. tempat ygberpagar kuat utk menangkap gajah; berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya; mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu; terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~; perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : ; rotan ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Treycinetia javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : ; orang ~ puak atau suku bangsa yg tinggal di hutan-hutan Jambi dan Palembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubu (kata nama)
1. Bersinonim dengan pagar: benteng, tembok,

2. Bersinonim dengan tempat bertahan: tempat berlindung, tempat bersembunyi,

Kata Terbitan : berkubu, mengubui, terkubu, perkubuan,

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG KUBU

ORANG KUBU, suku kaum yang mendiami kawasan hutan paya, di timur Sumatera, Indonesia. Tetapi andaian bahawa nama ‘kubu’ berasal daripada perkataan ‘ngubu’ yang bererti bertahan atau memencilkan diri. Orang Kubu memang suka merantau dan mendirikan tempat kediaman mereka, seolah-olah sedang berkhemah.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
KASTIL

Kastil ialah tempat kediaman dan kubu kuat

seseorang tuan tanah feudal pada Zaman

Pertengahan. Perkataan kastil (castle) berasal

daripada perkataan Latin castellum, yang

bermaksud kubu. Justeru, ada sesetengah kastil

dikenali sebagai kubu.

UMUM 
ALHAMBRA

Alhambra ialah istana dan kubu di Granada,

Sepanyol. Ia dibina oleh orang Moor di antara

tahun 1248 hingga 1354. Alhambra memiliki salah

satu contoh seni Moor yang terbaik di Eropah.

UMUM 
OFFA'S DYKE

Offa’s Dyke ialah kubu tanah purba di antara

England dengan Wales. Ia terdiri daripada sebatang

parit dan baluarti yang diperbuat daripada tanah.

Pada masa dahulu Offa’s Dyke pernah menganjur

kira-kira 225 kilometer panjang, dari muara Sungai

Dee di utara hingga ke muara Sungai Wye di Selatan.

Kebanyakan tinggalannya masih kelihatan sekarang.

Bahagian yang paling terpelihara terletak di antara

Presteign dengan Montgomery. Offa’s Dyke

dinamakan sempena nama Offa, raja Mercia, yang

membinanya antara tahun 784 M. hingga tahun 796

M. sebagai pertahanan terhadap serangan orang Celt

dari Wales.

UMUM 
ACROPOLIS

Acropolis ialah pusat agama dan tentera

sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang

Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang

dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota

untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat

pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era

Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya

dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu

tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota

semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi

negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah

berhala dewa mereka.

UMUM 
MENARA LONDON

Menara London ialah sekumpulan bangunan

batu di East End, London, di tebing utara Sungai

Thames. Ia pernah menjadi kubu, penjara dan

istana. Bangunan yang paling lama iaitu menara

tengah, yang dinamakan Menara Putih, dibina oleh

William I, sejak akhir tahun 1000-an.

UMUM 
ARGYLL DAN BUTE

Argyll dan Bute (pend. 65 100) ialah sebuah

kawasan kerajaan tempatan di barat Scotland.

Kawasan ini ialah tapak monumen bersejarah,

termasuk kubu prasejarah, kubur Zaman Gangsa,

lingkaran batu tegak, dan biara purba. Landskapnya

yang indah dan garis pantai yang meluas menarik

ramai pelancong. Satu per empat daripada

penduduknya tinggal di pulau terutamanya Bute,

Islay, dan Mull. Bandar utama termasuk

Campbelltown, Dunoon, Lochgilphead, Oban, dan

Rothesay. Kebanyakan penduduk bekerja dalam

industri perkhidmatan dan selalunya berkaitan

dengan pelancongan. Aktiviti lain yang penting

termasuk pertanian, perhutanan, perikanan,

penternakan ikan, dan pengeluaran wiski malt.

UMUM 
KREMLIN

Kremlin ialah satu kawasan berkubu dalam

bandar Rusia. Istilah ini berasal daripada perkataan

Rusia kreml yang bermaksud kubu.

UMUM 
ANDRE, JOHN

Andre, John (1751–1780), pegawai Inggeris,

digantung oleh Tentera Revolusi Amerika kerana

menjadi perisik. Dia merupakan utusan jeneral

Inggeris, Sir Henry Clinton, yang bersama-sama

Benedict Arnold, mempunyai rancangan untuk

merampas kubu penting orang Amerika di West

Point (lihat Arnold, Benedict ).

UMUM 
BUKIT PUTERI

BUKIT PUTERI,  kubu pertahanan.  Bukit ini terletak lebih kurang 728 km ke selatan Kuala Sungai Terengganu.  Bukit ini merupakan kubu pertahanan bagi sultan-sultan yang memerintah Terengganu daripada serangan musuh, sama ada dari dalam mahupun luar negeri pada zaman lampau.  Antara istana yang didirikan berhampiran dengan bukit ini termasuklah Istana Maziah, iaitu Istana Sultan Mansur Syah II dan Istana Hijau.  Ketinggian bukit ini lebih kurang 152 m dengan keluasan 688 hektar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
123

Kembali ke atas