Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bur] | قبور

Definisi : 1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati; berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan; terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam; perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~; penguburan perihal menguburkan mayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bur] | قبور

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; burung ~ rimba sj burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bur] | قبور

Definisi : 1 tempat menanam mayat; makam. 2 = lubang (liang) ~ lubang dlm tanah tempat menanam mayat. berkubur ditanam atau dikebumikan (bkn mayat); ada kuburnya: Pd masa peperangan, banyak yg mati tidak ~. menguburkan menanam (mayat) dlm kubur; mengebumikan. terkubur 1 telah dikuburkan (bkn mayat). 2 tidak berfungsi atau tidak berjalan (bkn persatuan, parti dll); lenyap: Parti itu ~ dlm tahun 1953. perkuburan kawasan tempat menguburkan mayat; permakaman. penguburan perbuatan atau hal menguburkan; pengebumian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubur (kata nama)
Bersinonim dengan makam, pusara, jirat, kubah, sentiung, kandang;,
Kata Terbitan : berkubur, menguburkan, perkuburan,

Puisi
 

Lang putih terbang ke kubur,
     Kembang bunga waktu pagi;
Adik putih bangun tidur,
     Macam bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Menabur bunga di atas kubur.

Bermaksud :

Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MYCENAE

Mycenae ialah bandar di Greece purba yang

terletak 10 kilometer ke utara Argos di bahagian

selatan semenanjung. Ahli arkeologi Jerman,

Heinrich Schliemann menemui lima tanah

perkuburan diraja di Mycenae pada tahun 1876.

Penemuan ini telah memulakan penyelidikan

tentang Zaman Gangsa di tanah besar Greece.

Kubur-kubur yang dikenali sebagai Perkuburan

Shaft , mengandungi permata, senjata-senjata

gangsa, dan lain-lain objek yang diperbuat

daripada gangsa, emas dan perak.

UMUM 
NEKROPOLIS

Nekropolis ialah perkataan Yunani yang

bermaksud bandar kematian ataupun kubur. Ahli

arkeologi dan ahli sejarah menggelar perkuburan

bandar purba sebagai nekropolis .

UMUM 
MONUMEN MEGALIT

Monumen megalit ialah binaan yang dibuat

daripada batu besar oleh orang prasejarah untuk

kubur ataupun untuk tujuan keagamaan. Perkataan

megalit bererti batu besar. Batu itu mungkin

seberat dari 25 tan hingga 90 tan metrik tiap-tiap

satu. Monumen megalit boleh dijumpai di

beberapa bahagian di dunia. Monumen yang

paling terkenal terdapat di barat Eropah dan dibina

antara tahun 4000 S.M. dan tahun 1500 S.M.

UMUM 
ARGYLL DAN BUTE

Argyll dan Bute (pend. 65 100) ialah sebuah

kawasan kerajaan tempatan di barat Scotland.

Kawasan ini ialah tapak monumen bersejarah,

termasuk kubu prasejarah, kubur Zaman Gangsa,

lingkaran batu tegak, dan biara purba. Landskapnya

yang indah dan garis pantai yang meluas menarik

ramai pelancong. Satu per empat daripada

penduduknya tinggal di pulau terutamanya Bute,

Islay, dan Mull. Bandar utama termasuk

Campbelltown, Dunoon, Lochgilphead, Oban, dan

Rothesay. Kebanyakan penduduk bekerja dalam

industri perkhidmatan dan selalunya berkaitan

dengan pelancongan. Aktiviti lain yang penting

termasuk pertanian, perhutanan, perikanan,

penternakan ikan, dan pengeluaran wiski malt.

UMUM 
WAN SU OTHMANWAN SU OTHMAN (1899-    ), pengukir. Dia lahir di Pangkalan Kubur, Kelantan.   Kini, dia menetap di Kampung Batu 4 Alor Lintang, Besut, Terengganu. Bakat seni ukirnya diwarisi daripada datuknya yang juga seorang pengukir istana kerajaan Melayu Patani.BUDAYATokoh
KHATIJAH AWANGKHATIJAH AWANG (1941-    ), penari makyung. Dia lahir pada 3 Ogos 1941 di Kubang Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Kota Bharu hingga Darjah Empat.BUDAYATokoh
UMI KALSUM

UMI KALSUM, kumpulan cerpen karya Jamil Suherman.  Umi Kalsum diterbitkan oleh penerbit Nusantara pada tahun 1963.  Kumpulan cerpen yang berukuran 13 cm x 18 cm ini mengandungi 94 halaman.  “Umi Kalsum” adalah judul salah sebuah cerpen dalam kumpulan ini.  Cerpen-cerpen lain ialah “Jadi Santri”, “Pesantren dan Kyai Kami”, “Main Gambus”, “Malam Mauludan”, “Kitab Jenggot dan Pemeluknya”, “Pendekar-Pendekar Kedungpring”, “Kesunyian Menjelang Malam”, dan “Penggali Kubur”.

SASTERAPenerbitan
MEGALIT

MEGALIT, batu yang digunakan dalam upacara pengebumian, upacara keagamaan dan simbol tertentu.  Perkataan mengalit (megalith) berasal daripada perkataan Yunani iaitu mega  yang bererti besar dan lithos yang bererti batu.  Batu ini biasanya lebih tinggi daripada manusia dan berada dalam keadaan menegak.  Terdapat beberapa susunan batu megalit seperti menhir, dolmen, kubur peti batu dan sebagainya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam

Kembali ke atas