Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kuda­-kudaan yg dibuat drpd anyaman bilah buluh utk tarian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpe­nunggang dan mempunyai unsur magis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kuda-kudaan atau kuda tiruan yg dibuat drpd kayu atau yg dianyam utk permainan (tarian dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda kepang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kuda kepangkuda kepangKesusasteraanTiadaTarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam.
barongbarongKesenianDrama dan TeaterPersembahan tradisional Jawa dan Bali berunsur ritual yang berasaskan binatang mitos, iaitu barong dan diiringi tarian kuda kepang. Barong berkepala harimau dan berekor seperti naga, biasanya digerakkan oleh dua orang, seorang di bahagian kepala dan seorang lagi di bahagian belakang. Barong dikenali juga sebagai reog yang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan. Di Bali, barong mengiringi persembahan calonarang. Sinonimcalonarang.
angklungangklungMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang. Angklung berasal dari Asia Tenggara. Alat muzik ini diperbuat daripada beberapa tiub buluh yang ditiunkan dalam skel Barat dan pentatonik. Tiub diletakkan menegak di dalam rak kecil dan digoncang. Angklung dimain­kan dalam ensembel kuda kepang di Pulau Jawa, dan ensembel gamelan angklung di Pulau Bali.

jidurjidurMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Jidur ialah dram berbentuk tong pendek yang cembung. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara dan boleh didapati dalam pelbagai saiz. Alat muzik ini mempunyai satu atau dua permukaan kulit yang dipukul dengan pemukul kayu. Jidur dimainkan dalam ensembel muzik seperti kuda kepang oleh masyarakat berketurunan Jawa di selatan Semenanjung Malaysia.


Kembali ke atas