Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.dup] | کودوڤ

Definisi : kuntum (bunga), kudu, kuncup (bunga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.dup] | کودوڤ

Definisi : kuncup atau kuntum (bunga). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kudup (kata nama)
Bersinonim dengan kuntum, kudu, kuncup.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTICOK

Articok ialah sejenis tumbuhan besar bak thistle

yang menghasilkan kudup bunga yang boleh

dimakan. Sisik dan jantung (pusat) bunga itu

dimakan sebagai sayur. Jantungnya pula biasanya

ditinkan ataupun dibekukan. Articok membekalkan

sebilangan vitamin dan mineral. Kadang-kadang

articok dikenali sebagai articok glob. Ia berasal

dari kawasan Mediterranean.

UMUM 
KELUANG

Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di

kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika

Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan

Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30

sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya

mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan

seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan

lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga

memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada

waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya

bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan

pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah.

Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan

makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan.

UMUM 

Kembali ke atas