Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahan­kan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : ; padi ~ padi yg masak sangat (di pokok). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kuh] | کوکوه

Definisi : 1 tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (bkn bangunan, kereta dll); kuat dan teguh buatannya: Semasa memerintah Melaka, Portugis membangunkan sebuah kota batu yg ~ tempat askarnya berkubu. 2 ki tidak berubah (imannya, pendiriannya dll): Dia masih ~ dgn pendiriannya, tidak mahu bertolak ansur. mengukuh menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. mengukuhkan menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. memperkukuh menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. kekukuhan sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. pengukuhan perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. pengukuh alat atau sesuatu yg mengukuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,

Puisi
 

Kusangka kapal di tengah laut,
     Rupanya terlanggar karang yang ganas;
Kusangka kukuh embun di rumput,
     Rupanya hilang ditimpa panas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya

Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh">kukuh: kuat, utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.

Istilah11.03.2014
Jawapan yang manakah betul ? 1 I Pendapat seorang pengurus syarikat biasanya kukuh. II Jambatan yang lama itu masih kukuh untuk digunakan. III Kedudukan Encik Amin sebagai pengerusi persatuan itu kukuh. IV Persembahan yang kukuh akan menjadikan majlis lebih menarik. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IVSdr. jawapan yang betul ialah B.Tatabahasa11.09.2007
penggunaan perkataan "kukuh dan berprestij"betul dari segi tatabahasaMakna10.04.2007
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan terjemahaan dalam Bahasa Melayu bagi frasa Bahasa Inggeris "put to strict proof" untuk kegunaan dalam bidang undang-undang. Sekian.Terjemahan yang sesuai bagi put to strict proof ialah sediakan bukti yang kukuh atau berikan bukti yang kukuh. Sila berikan ayat penuh supaya kami dapat memberikan terjemahan yang betul mengikut konsep ayat. SekianPenyemakan dan penterjemahan09.04.2018
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai.Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama".Tatabahasa21.04.2011
Perkataan "memperkukuhkan" adalah salah. Betul atau tidak?. Setahu saya perkataan "memperkukuhkan" adalah salah kerana kata dasarnya ialah "kukuh" yang berada dalam kelompok kata adjektif. Jika kata dasarnya berada dalam kelompok kata adjektif maka kita tidak boleh gunakan imbuhan "memper..kan". Tapi yang musykilnya apabila saya menaip perkataan "memperkukuhkan" di carian makna perkataan di laman Dewan Bahasa da Pustaka (DBP) terdapat perkataan tersebut digunakan. Jika salah sepatutnya tak patut digunakan.Betul seperti yang dikatakan, kukuh ialah kata adjektif dan kata adjektif tidak boleh menerima apitan memper-...-kan. Berdasarkan semakan kami, perkataan pemperkukuhkan digunakan dalam contoh ayat entri perkataan dalam kamus dan daftar istilah. Hal ini berlaku demikian kerana contoh ayat tersebut diambil daripada data korpus tanpa menyaringnya terlebih dahulu. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa04.04.2012
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TKteguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll).

Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan.
Tatabahasa01.09.2012
teguhAntara makna teguh ialah tegap, kukuh,  keras, bertenaga, dan berdaya.Makna21.05.2010
Apakah beza penggunaan antara: "Memperkukuhkan" & "Mengukuhkan" & "Memperkukuh" ? Bolehkah berikan contoh perkataan lain seperti ini? Terima kasih.Kata dasar bagi perkataan yang dinyatakan ialah "kukuh" (kata adjektif). Dalam perkara ini, penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper-...-kan seperti memperkukuhkan dianggap tidak tepat (Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga).

Perkataan mengukuhkan dan memperkukuh membawa maksud yang sama iaitu "menjadikan sesuatu lebih kukuh" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1184).

Contoh perkataan lain yang menerima awalan mempeR- dan apitan meN-...-kan ialah kuat (memperkuat-menguatkan). 
Tatabahasa25.09.2023
assalamualaikum..... apakah fungsi klausa dn frasa melalui bukti yang kukuhKlausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang berfungsi sebagai konstituen kepada ayat. Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Untuk lebih jelas, anda boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 431 – 436.Tatabahasa28.07.2018
123456

Kembali ke atas