Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.kus] | کوکوس

Definisi : 1. wap air panas; kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn memanaskannya dgn wap air panas; 2. alat utk mengukus, kukusan; berkukus 1. mengeluarkan kukus, berwap (air panas); 2. yg dimasak atau dipanaskan dgn menggunakan kukus (wap) air mendidih: nasi lemak yg ~; 3. yg dijadikan (atau ditukarkan semula menjadi) cairan dr wap cairan yg dididihkan; mengukus 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak; 2. memanaskan cairan (spt air dll) hingga menjadi wap yg kemudian bertukar semula menjadi cairan; kukusan 1. sj bekas drpd anyaman yg ber­bentuk bulat panjang atau merunjung utk mengukus nasi, alat mengukus makanan, kukus; 2. hasil mengukus; pengukusan proses atau perbuatan mengukus; pengukus sesuatu yg digunakan utk mengu­kus: air ~; periuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kus] | کوکوس

Definisi : sj musang yg busuk baunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kus] | کوکوس

Definisi : ; buah ~ (kukusan) sj buah langsat, buah kokosan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kus] | کوکوس

Definisi : 1 wap air panas: kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn wap air panas. 2 alat (periuk, bekas dsb) utk memasak dgn wap air panas. mengukus memasak atau memanaskan sesuatu dgn wap air panas: ~ nasi. kukusan 1 bekas atau alat utk mengukus. 2 yg dikukus; hasil mengukus. pengukusan perbuatan (proses dsb) mengukus: ~ dpt membunuh hidupan seni. pengukus sesuatu yg digunakan utk mengukus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kukus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKANAN KUKUS

MAKANAN KUKUS,  makanan yang dimasak dengan menggunakan wap air yang mendidih. Makanan yang dimasak dengan cara kukus terdiri daripada ikan, roti dan kuih-muih seperti seri muka, lepat dan apam. Makanan yang telah lama dimasak boleh dipanaskan semula dengan mengukusnya semula.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas