Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.kus] | کوکوس

Definisi : 1. wap air panas; kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn memanaskannya dgn wap air panas; 2. alat utk mengukus, kukusan; berkukus 1. mengeluarkan kukus, berwap (air panas); 2. yg dimasak atau dipanaskan dgn menggunakan kukus (wap) air mendidih: nasi lemak yg ~; 3. yg dijadikan (atau ditukarkan semula menjadi) cairan dr wap cairan yg dididihkan; mengukus 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak; 2. memanaskan cairan (spt air dll) hingga menjadi wap yg kemudian bertukar semula menjadi cairan; kukusan 1. sj bekas drpd anyaman yg ber­bentuk bulat panjang atau merunjung utk mengukus nasi, alat mengukus makanan, kukus; 2. hasil mengukus; pengukusan proses atau perbuatan mengukus; pengukus sesuatu yg digunakan utk mengu­kus: air ~; periuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kus] | کوکوس

Definisi : sj musang yg busuk baunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kus] | کوکوس

Definisi : ; buah ~ (kukusan) sj buah langsat, buah kokosan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.kus] | کوکوس

Definisi : 1 wap air panas: kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn wap air panas. 2 alat (periuk, bekas dsb) utk memasak dgn wap air panas. mengukus memasak atau memanaskan sesuatu dgn wap air panas: ~ nasi. kukusan 1 bekas atau alat utk mengukus. 2 yg dikukus; hasil mengukus. pengukusan perbuatan (proses dsb) mengukus: ~ dpt membunuh hidupan seni. pengukus sesuatu yg digunakan utk mengukus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kukus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
steam fogkabut kukusSainsHidrometeorologiKabut yang terbentuk apabila wap air masuk ke udara yang lebih sejuk daripada punca wap; yang paling biasa adalah apabila udara yang sangat sejuk bertiup melintasi air yang agak panas. Walau apa pun keadaan punca wap (air panas, ekzos pembakaran industri, hembusan nafas), keseimbangan tekanan wapnya lebih tinggi daripada tekanan yang bersepadanan di dalam udara yang lebih sejuk. Oleh itu, wap air setelah bercampur dengan dan disejukkan oleh udara sejuk akan memeluwap dengan cepat. Mekanisme ini tidak membenarkan kabut sampai ke punca wap, dan juga, setelah percampuran lanjutan berlaku dalam aliran yang cukup bergolak atau dalam aliran olakan (hanya darjah yang kecil diperlukan), zarah kabut menyejat pada suatu had atas yang jelas bagi kabut. Walaupun alir lintang udara diperlukan untuk menghasilkan kabut kukus, ia jauh berbeza daripada kabut air lintang yang disebabkan oleh udara panas dan lembap yang bergerak di atas permukaan sejuk.
heat bathkukus habaFizikHabaAlat untuk pemanasan bahan pada suhu malar.
moist heat cookingkukusPentadbiran PerniagaanTiadaMemasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih.
steam fogkabut kukusMeteorologiMeteorologi PerhubunganLihat kabut stim.
pressure steamerkukusan tekananPentadbiran PerniagaanTiadaKukus yang mengeluarkan wap dengan tekanan rendah atau tinggi dengan memasang penyukat masa.
fish kettlekukusan ikanPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk kukus bertutup rapat untuk mengukus ikan.
beef suetsuet lembuPentadbiran PerniagaanTiadaLemak yang pejal dan keras di sekeliling ginjal lembu untuk puding kukus dan pastri.
mutton suetsuet kambingPentadbiran PerniagaanTiadaLemak yang pejal dan keras di sekeliling ginjal kambing, biasanya digunakan untuk membuat puding kukus dan pastri.
suetsuetPentadbiran PerniagaanTiadaLemak yang pejal dan keras di sekeliling ginjal lembu, bebiri, anak lembu dan anak bebiri untuk puding kukus dan pastri.
fogkabutSainsHidrometeorologiKekaburan di lapisan permukaan atmosfera yang disebabkan oleh ampaian titisan air, bersama dengan zarah asap atau tidak. Mengikut persetujuan antarabangsa, istilah ini ditakrifkan sebagai kekaburan yang ketampakannya kurang daripada 1 km. Kabut berbeza daripada awan kerana dasarnya berada di permukaan bumi. Kabut yang terdiri daripada hablur ais dinamakan kabut ais. kabut terbentuk apabila suhu udara dan takat embun adalah sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwapan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama ada melalui penyejukan udara itu ke takat embunnya (menghasilkan kabut alir lintang, kabut sinaran atau kabut cerun atas) atau dengan penambahan kelengasan serta peningkatan takat embun (menghasilkan kabut kukus atau kabut perenggan). Kabut jarang berlaku apabila perbezaan antara suhu udara dan takat embun melebihi 4oF. Kabut mudah dibezakan daripada jerebu berdasarkan kelembapan dan warna kelabu yang nyata.

Kembali ke atas