Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lat] | کولت

Definisi : sebarang kumpulan organisma parasit yg tidak mempunyai klorofil, termasuk kulapuk, cendawan, yis, dll; jenis-jenisnya: ~ kayu; ~ padang; ~ sisir dll; ~ ambrosia sj kulat yg hidup secara simbiosis dgn kumbang ambrosia di dlm kayu (dgn kulat itu menjadi sumber makanan larva kumbang tersebut); ~ madu sj kulat dlm kelas Basidi­omycetes yg menyebabkan reput pangkal pd pokok kayu, Armillaria mella; berkulat berlapuk, ditumbuhi kulat: ia berbaring di atas tilam jerami lapuk yg telah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lat] | کولت

Definisi : ; terkulat-kulat 1. terkebil-kebil atau termangu-mangu (spt orang kebingungan, kehairanan, dll): murid-muridnya ~ sahaja apabila muka mereka direnunginya; 2. terkecap-kecap (kerana menginginkan se­suatu makanan): ~ mulut budak itu apabila ia melihat makanan yg terhidang di atas meja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lat] | کولت

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil dan tumbuh pd tumbuh-tumbuhan lain atau pd bahan yg reput. ~ padang kulat yg tumbuh di atas batas. ~ sisir kulat yg biasanya tumbuh pd batang getah yg sudah mati. ~ tian kulat yg tumbuh pd batang kayu mati di dlm hutan. berkulat ditumbuhi kulat; berlapuk: Roti itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ku.lat] | کولت

Definisi : ; terkulat-kulat sekejap celik sekejap pejam (bkn mata kerana hairan, bingung dll); terkebil-kebil: ~ mereka memandang telatah gadis yg lincah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kulat

Puisi
 

Apa guna makan nasi,
     Ambil kulat bawa berkelah;
Apa guna menghibur hati,
     Sanggul digulung sikat belah.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fungaladj kulat, fungus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honey-fungusn kulat madu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fungiciden racun /kulat, fungus/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fungicidaladj racun /kulat, fungus/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fungousadj of fungi, kulat, fungus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fungusn mushroom, toadstool, etc, kulat, fungus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spawn 2. (bot) bahan kulat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stunt 1 vt membantutkan: the fungi invade the plants and ~ them, kulat itu menyerang tumbuh-tumbuhan dan membantutkannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reproducevi 1. produce offspring, membiak: fungi ~ by means of spores, kulat membiak melalui spora; 2. turn out in a specified way when copied, keluar semula: sounds that ~ well in recordings, bunyi yg keluar semula dgn baik dlm rakaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aquaticadj 1. growing, living in or near water, akuatik: ~ fungi, kulat akuatik; ~ plant, tumbuhan akuatik; 2. (of sports) air;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas