Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lat] | کولت

Definisi : sebarang kumpulan organisma parasit yg tidak mempunyai klorofil, termasuk kulapuk, cendawan, yis, dll; jenis-jenisnya: ~ kayu; ~ padang; ~ sisir dll; ~ ambrosia sj kulat yg hidup secara simbiosis dgn kumbang ambrosia di dlm kayu (dgn kulat itu menjadi sumber makanan larva kumbang tersebut); ~ madu sj kulat dlm kelas Basidi­omycetes yg menyebabkan reput pangkal pd pokok kayu, Armillaria mella; berkulat berlapuk, ditumbuhi kulat: ia berbaring di atas tilam jerami lapuk yg telah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lat] | کولت

Definisi : ; terkulat-kulat 1. terkebil-kebil atau termangu-mangu (spt orang kebingungan, kehairanan, dll): murid-muridnya ~ sahaja apabila muka mereka direnunginya; 2. terkecap-kecap (kerana menginginkan se­suatu makanan): ~ mulut budak itu apabila ia melihat makanan yg terhidang di atas meja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.lat] | کولت

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil dan tumbuh pd tumbuh-tumbuhan lain atau pd bahan yg reput. ~ padang kulat yg tumbuh di atas batas. ~ sisir kulat yg biasanya tumbuh pd batang getah yg sudah mati. ~ tian kulat yg tumbuh pd batang kayu mati di dlm hutan. berkulat ditumbuhi kulat; berlapuk: Roti itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ku.lat] | کولت

Definisi : ; terkulat-kulat sekejap celik sekejap pejam (bkn mata kerana hairan, bingung dll); terkebil-kebil: ~ mereka memandang telatah gadis yg lincah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kulat

Puisi
 

Apa guna makan nasi,
     Ambil kulat bawa berkelah;
Apa guna menghibur hati,
     Sanggul digulung sikat belah.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
earth ballbebola bumiBiologiMikologiJasad buah kulat dalam famili Sclerodermataceae dan kulat-kulat yang berkaitan. Jasad buah ini berbentuk bulat, bersaiz antara 1-3 sm, dan biasanya terdapat di atas tanah.
funginefunginBiologiMikologiBahan berkitin yang merupakan komponen utama dinding sel kulat, misalnya kulat Oomycetes. selulosa kulat.
sap straincacat pewarna gubalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerubahan warna yang berlaku pada gubal kayu, biasanya daripada warna cerah kepada warna yang lebih gelap , kerana serangan kulat. Kulat pewarna di dalam sel mendapatkan makanan daripada bahan simpanan, tanpa penguraian dinding sel kayu dan tidak mengurangi nilai kekuatan kayu.
mycotoxinmikotoksinVeterinarTiadaToksin yang dihasilkan oleh kulat. Contohnya, aflatoksin, okratoksin dan zearalenon. Bahan ini selalunya terdapat dalam makanan yang ditumbuhi kulat. Masalah ini terjadi apabila makanan disimpan dalam keadaan lembap yang merangsang pertumbuhan kulat. Contoh kulat yang menyebabkan toksin ialah Aspergillus, Fusarium, dan Penicillium. Antara kesan toksiknya merangkumi ketoksikan akut dan kematian, pengurangan keluaran susu, telur dan berat badan, serta kekurangan daya tahan terhadap jangkitan.
autoeciousautoesiusBiologiMikologiMerujuk kepada kulat, biasanya kulat karat yang tidak pernah menukar jenis perumahnya. ametoesius.
mushroomcendawanBiologiMikologiJasad buah yang terhasil daripada pembiakan seks kulat, biasanya kulat peringkat tinggi. Jasad buah ini biasanya bersaiz besar dan sebahagiannya boleh dimakan, tetapi sebahagiannya sangat beracun sehingga dapat menyebabkan kematian kepada manusia.
sporidiumsporidiumBiologiMikologi1 Basidiospora yang dibentuk oleh kulat karat atau kulat smur. 2 Spora pada kulat smut yang terbentuk daripada percambahan yang terulang.
conceptaclekonseptakelBiologiMikologiLokul atau ruang kecil di permukaan jasad buah kulat, misalnya kulat dalam order Myriangales, yang menghasilkan organ pembiakan.
haerangiomycetesherangiomisetBiologiMikologiKulat dalam kelas Haerangiomycetes yang diperkenalkan oleh Falk pada tahun 1947. Kumpulan kulat ini terdiri daripada kulat yang menghasilkan herangium. Walau bagaimanapun, sistem pengelasan ini sudah tidak diiktiraf.
seed-borne funguskulat bawaan bijiBiologiMikologiKulat patogen yang terdapat pada biji benih, misalnya Fusarium spp dan Ustilago spp. Kulat ini akan tersebar bersama biji benih ke kawasan lain dan oleh sebab itu, kulat ini memainkan peranan penting dalam penularan penyakit tumbuh-tumbuhan.
12345678910...

Kembali ke atas