Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuliah;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang tepat bagi orang yang memberikan kuliah agama? Pengkuliah? Penyampai kuliah? Atau ada istilah lain.Penggunaan perkataan “pengkuliah” dan “penyampai kuliah” bagi merujuk orang yang memberikan kuliah agama, boleh digunakan kerana kedua-duanya betul.Tatabahasa11.03.2022
maksud ayat ketidakhadiran ke kuliahMaksudnya tidak hadir ke kuliah.Makna09.09.2008
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Tempat Letak Kereta Pengawai - untuk tempat letak kereta imam, bilal dan nazir (yang mana yang sesuai) 2. Tandas VIP 3. Bilik Kuliah 1 dan Bilik Kuliah 2. Sekian, Terima Kasih.
Cadangan kami, puan boleh menyusun tempat letak kereta seperti berikut:

   I. TEMPAT LETAK KERETA KHAS  
                IMAM      BILAL     NAZIR

Lain-lain25.10.2016
Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis.

Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut:
(1)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
       Politeknik Seberang Perai, Malaysia.
(2)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri 
      KuliahTepat pada Masanya.

Tatabahasa02.06.2014
Seorang pensyarah IPTA menggunakan perkataan “anda” ketika memberikan kuliah kepada pelajar-pelajarnya. Mohon pandangan pihak tuan. Terima kasih.Kata ganti nama diri kedua "anda" boleh digunakan dalam konteks ini.Istilah13.11.2009
Salam sejahtera, saya Nithiya devi pelajar tahun 3 Pengajian Media Universiti Malaya. Saya dan rakan kuliah saya telah ditugaskan untuk memilih sebuah majalah dan menemu ramah editor majalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang organisasi majalah tersebut. Oleh itu, kami telah memilih majalah Tunas Cipta untuk tugasan kami dan kami mengharapkan maklum balas daripada pihak tuan/puan untuk prosedur yang seterusnya. Kerjasama pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih.Salam sejahtera Untuk makluman tentang majalah tersebut puan boleh terus berhubung dengan Bahagian Majalah melalui sambungan 03-2147 9266 (Mohd Syukri). Sekian terima kasihLain-lain27.02.2017
Masalah Kemahiran Membaca Dikalangan Muird Tahap satuSoalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia  memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.Lain-lain16.04.2013
Masalah penggunaan kata hubung dalam penulisan karanganSoalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia  memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.Lain-lain16.04.2013
ISU PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN DAN KATA BILANGAN TANPA MENGIKUT PRESKRIPTIF.Soalan yang dikemukakan ini berbentuk tugasan kuliah. Saudari perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci untuk menyelesaikan soalan ini. Saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk membuat penyelidikan atau merujuk buku dan makalah yang berkaitan. Sila layari laman web kami dan klik domain Buku atau  Artikel.      

Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku berkaitan tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata: Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman, buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman dan buku Soal Jawab Bahasa, Abdul Ghalib Yunus. 

Untuk makluman saudari, buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat tentang isu bahasa, sila gunakan Buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan.
Tatabahasa12.12.2020
Apakah terjemahan yang sepadan untuk "Sit-In"? Sit-in di sini bukan merujuk kepada mogok duduk, tapi hadir ke kuliah tanpa melibatkan diri dengan aktif. (Sit In - Attend a meeting or discussion without taking an active part in it.)Padanan bahasa Melayu untuk perkataan sit-in dalam bahasa Inggeris mengikut konsep yang tuan maksudkan, pihak kami cadangkan: hadir tanpa penglibatan diriMakna30.09.2022
1234

Kembali ke atas