Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.man] | کومن

Definisi : 1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bak­teria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai­-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.man] | کومن

Definisi : 1 = ~ penyakit benda hidup yg seni yg mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit: Air hendaklah dimasak supaya ~ di dlmnya mati. 2 ki sesuatu yg halus atau seni (mis debu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuman (kata nama)
Bersinonim dengan bakteria, virus, aba-daba, hama, zarah, basil;,
Kata Terbitan : berkuman,

Puisi
 

Anak haruan mudik berenam,
     Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
     Susah senang sama membimbing.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.

Bermaksud :

Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG KUMAN

Perang kuman lihat Perang kimia–biologi–

radiogikal (KBR).

UMUM 
ANTISEPTIK

Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau

memberhentikan pertumbuhan – kuman pada

tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan

membran mukus untuk membantu menghalang

jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk

melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak

merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza

daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan

ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang

terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik

adalah dadah yang merawat infeksi yang telah

berlaku.

UMUM 
NYAMUK

Nyamuk ialah serangga yang menyebarkan

sesetengah penyakit yang paling teruk kepada

manusia dan haiwan. Jenis nyamuk tertentu

membawa kuman yang menyebabkan penyakit

serius seperti ensefalitis, malaria, filariasis, dan

demam kuning. Apabila nyamuk “menggigit”, ia

mungkin meninggalkan kuman. Banyak jenis

nyamuk tidak menyebarkan penyakit, tetapi ia

mempunyai “gigitan” yang menyakitkan. Banyak

daripada nyamuk yang dikaitkan dengan penyakit

hidup di kawasan yang panas, lembap dekat

khatulistiwa. Tetapi nyamuk terdapat di semua

bahagian di dunia, malah di Artik.

UMUM 
PINJAL

Pinjal ialah serangga kecil, tidak bersayap yang

hidup pada mamalia dan burung, dan menghisap

darah sebagai makanan. Pinjal adalah perosak yang

berbahaya kerana ia boleh membawa kuman yang

menyebabkan wabak dan tifus. Ia mendapat kuman

penyakit apabila menggigit tikus dan lain-lain

rodensia yang dijangkiti. Pinjal boleh merebakkan

penyakit semasa ia menggigit haiwan lain. Lihat

Tifus; Wabak bubonik.

UMUM 
DISINFEKTAN

Disinfektan ialah sebarang bahan yang

memusnahkan kuman pada objek tak bernyawa.

Disinfektan yang lazim ialah bahan kimia yang

kuat yang digunakan untuk membersihkan

pakaian atau tempat tidur, bilik orang sakit,

dan peralatan dan juga barang kegunaan untuk

memasak.

UMUM 
METCHNIKOFF, ELIE

Metchnikoff, Elie (1845–1916) ialah pakar

biologi ulung Rusia. Dia melakukan kajian penting

terhadap fungsi fagosit. Fagosit ialah sel darah

putih yang menyerang kuman. Para doktor pada

awalnya menentang teori berkenaan fagosit, tetapi

idea Metchnikoff ini secara amnya diterima umum

sebelum kematiannya. Metchnikoff berkongsi

Hadiah Nobel tahun 1908 untuk bidang perubatan.

UMUM 
DADAH

Dadah ialah salah satu alat profesion perubatan

yang paling berharga. Doktor mempreskripsikan

dadah untuk merawat atau mencegah banyak

penyakit. Setiap tahun, penisilin dan dadah

pembunuh kuman yang lain menyelamatkan nyawa

mangsa meningitis, pneumonia, dan penyakit

berjangkit lain yang berbahaya.

UMUM 
LIGATUR

Ligatur ialah benang yang digunakan dalam

pembedahan untuk mengikat saluran darah

yang mengalami pendarahan. Pakar bedah tidak

menggunakan ligatur secara meluas sehingga

pembedahan yang bebas daripada kuman

dimajukan pada pertengahan tahun 1800-an.

UMUM 
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 
TIFOID MARY

Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon

(1868?–1938), pembawa pertama demam tifoid yang

dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari

penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang

pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid

kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih

kurang 53 orang dengan demam tifoid antara

tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang

daripadanya mati akibat penyakit itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan

awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan

berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk

bekerja sebagai tukang masak. George Soper,

seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya

dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang

berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan

berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang

masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia

tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun

hingga ke akhir hayatnya.

UMUM 
12

Kembali ke atas