Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.man] | کومن

Definisi : 1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bak­teria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai­-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.man] | کومن

Definisi : 1 = ~ penyakit benda hidup yg seni yg mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit: Air hendaklah dimasak supaya ~ di dlmnya mati. 2 ki sesuatu yg halus atau seni (mis debu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuman (kata nama)
Bersinonim dengan bakteria, virus, aba-daba, hama, zarah, basil;,
Kata Terbitan : berkuman,

Puisi
 

Anak haruan mudik berenam,
     Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
     Susah senang sama membimbing.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.

Bermaksud :

Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
food sanitationkebersihan makananPentadbiran PerniagaanTiadaPerihal makanan yang tidak mengandungi kuman-kuman penyakit atau tidak dicemari oleh bahan lain seperti habuk dan debu.
decapsulationnyahkapsulPerikananAkuakulturPengupasan kulit telur artemia di bahagian luar menggunakan larutan natrium hipoklorit (NaOCl). Kelebihan nyahkapsul adalah dapat membunuh protozoa, bakteria dan kuman-kuman yang melekat pada telur serta mempercepat proses penetasan sista artemia.
germkuman; germaPerubatanTiada1. Kuman: Sebarang mikroorganisma terutama yang menyebabkan penyakit.,2. Germa: Bahan hidup yang berupaya membiak untuk membentuk organ atau sebahagian daripada organ atau organisma.
germkuman; germaPentadbiran PerniagaanTiada1. Kuman: Sebarang mikroorganisma terutama yang menyebabkan penyakit.
aseptic culturekultur aseptikPertanianAgronomi

Keadaan pembiakan tisu tumbuhan yang dilakukan secara nyah kuman. Contohnya, dalam proses kultur tisu, semua bahan dan peralatan perlu melalui proses nyah kuman dengan pemanasan dalam autoklaf bersuhu lebih 100o C atau menggunakan bahan kimia seperti klorin untuk membasmi semua jenis mikroorganisma. Semua kerja yang dilakukan dibuat dalam kebuk yang udaranya ditapis untuk mengelak pencemaran kuman dari udara.

germkuman; germaPerubatanTiadaTiada
germkumanBiologiMikrobiologiIstilah umum untuk sebarang mikroorganisma patogen.
germkumanPerubatanTiadaIstilah umum yang biasanya merujuk pada mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit.
germfreebebas kumanPerubatanTiadaTiada
germfreebebas kumanVeterinarTiadaTiada
123456

Kembali ke atas