Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kum.ba.han] | کومبهن

Definisi : ; air ~ air yg telah digunakan utk membasuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumbahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki men­caci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis.Tatabahasa02.07.2013
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentunganPembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah.Makna29.10.2009
Apakah istilah ini dalam bahasa melayu? 1)egress window , 2)sewage line dan sewer line 3)sump pump (adakah ia sama dengan pump sump?)Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. egress window - tingkap laluan keluar
2. sewage line - talian kumbahan
3. sewer line - talian pembetung 
4. pump sump - takungan pam 
Istilah29.01.2017

Kembali ke atas