Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.muh] | کوموه

Definisi : 1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak bersih (ikhlas) hatinya; 2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran: darah membawa zat makanan dan oksigen dan mengeluarkan ~; ~ tumbuh-tumbuhan hijau terdiri drpd karbon dioksida yg dikeluarkan dlm masa pernafasan dan oksigen yg berlebihan; mengumuhkan 1. Mn mengotorkan, menge­jikan; 2. mengeluarkan benda yg tidak berguna dr badan manusia, haiwan atau tumbuhan; kumuhan bahan buangan yg dikeluarkan dr tubuh spt peluh, air kencing, dsb; perkumuhan yg berkaitan dgn kumuh atau pembuangan kumuh; salur ~ salur utk mengalirkan kumuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.muh] | کوموه

Definisi : 1 tidak bersih; kotor; cemar. 2 benda buangan atau sesuatu yg dikeluarkan oleh haiwan atau tumbuh-tumbuhan (najis, kencing, peluh dsb). mengumuhkan 1 menjadikan kotor; mengotorkan. 2 membuang atau mengeluarkan kumuh (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkumuhan hal yg berkaitan dgn kumuh (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). pengumuhan perbuatan atau hal mengumuhkan; pembuangan kumuh dr haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumuh


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kumuhexcreteLihat perkumuhan.Sekolah Rendah
perkumuhanexcretionProses menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan lagi oleh badan (bahan kumuh) melalui ginjal, kulit dan paru-paru.Menengah Rendah
penguraidecomposerOrganisma seperti kulat dan bakteria yang dapat menguraikan bahan organik daripada organisma yang telah mati atau bahan kumuh daripada organisma lain menjadi bahan tak organik ringkas.Menengah Rendah
ginjalkidneySepasang organ perkumuhan yang terletak dalam rongga abdomen vertebrat. Organ ini berfungsi mengawal tekanan osmosis darah melalui penyingkiran bahan kumuh dalam bentuk air kencing.Menengah Rendah
plasentaplacentaStruktur yang menghubungkan ibu dengan fetus dalam uterus. Dalam plasenta, salur darah fetus berada berhampiran dengan salur darah ibu dan ini membolehkan fetus mendapatkan nutrien dan oksigen serta menyingkirkan bahan kumuh melalui salur darah ibu.Menengah Rendah

Kembali ke atas