Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.muh] | کوموه

Definisi : 1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak bersih (ikhlas) hatinya; 2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran: darah membawa zat makanan dan oksigen dan mengeluarkan ~; ~ tumbuh-tumbuhan hijau terdiri drpd karbon dioksida yg dikeluarkan dlm masa pernafasan dan oksigen yg berlebihan; mengumuhkan 1. Mn mengotorkan, menge­jikan; 2. mengeluarkan benda yg tidak berguna dr badan manusia, haiwan atau tumbuhan; kumuhan bahan buangan yg dikeluarkan dr tubuh spt peluh, air kencing, dsb; perkumuhan yg berkaitan dgn kumuh atau pembuangan kumuh; salur ~ salur utk mengalirkan kumuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.muh] | کوموه

Definisi : 1 tidak bersih; kotor; cemar. 2 benda buangan atau sesuatu yg dikeluarkan oleh haiwan atau tumbuh-tumbuhan (najis, kencing, peluh dsb). mengumuhkan 1 menjadikan kotor; mengotorkan. 2 membuang atau mengeluarkan kumuh (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkumuhan hal yg berkaitan dgn kumuh (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). pengumuhan perbuatan atau hal mengumuhkan; pembuangan kumuh dr haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
excretory cellsel kumuhBiologiHistologi dan SitologiSel yang membuang bahan-bahan kumuh daripada tubuh tumbuh-tumbuhan atau haiwan.
nephrocytenefrositBiologiFisiologi1. Sel-sel di dalam span dan serangga yang merembeskan bahan kumuh dan kemudian bergerak ke permukaan badan untuk membuangnya. 2. Sel-sel berwarna perang yang menyimpan dan membuang bahan kumuh, seperti dalam askidian
excretakumuh(an)KejuruteraanTiadaTiada
excretakumuh(an)PerikananTiadaTiada
excretekumuhPerhutananTiadaTiada
excretekumuhPerubatanTiadaMengeluarkan atau menyingkirkan bahan buangan metabolisme sel daripada tubuh.
excretakumuh(an)PerubatanTiadaBahan buangan yang dikeluarkan daripada tubuh terutama tinja.
excretekumuhPertanianTiadaTiada
excretakumuh(an)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
waste productkumuh; sisa; hampasPerubatanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas