Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.dang] | کوندڠ

Definisi : sl budak pengiring (raja, orang bangsawan, dll), budak suruhan (raja dll), biduanda, juak-juak: maka baginda pun bangun berangkat bersiram ke taman bunga diiringkan ~-~; berkundang; anak ~ Mn anak yg sangat dikasihi, anak yg dimanjakan; mengundang Mn selalu membawa bersama­sama (ke mana-mana); kundangan 1. = ~ raja = budak ~ sl budak kundang; 2. Mn anak berkundang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.dang] | کوندڠ

Definisi : ; kundangan Jk 1. kondangan; 2. undangan; ®undang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.dang] | کوندڠ

Definisi : pembalut luka pd kemaluan yg baru disunatkan (dikhatankan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.dang] | کوندڠ

Definisi : , = budak ~ budak suruhan atau pengiring raja (orang bangsawan dll); biduanda (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kun.dang] | کوندڠ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Bouea macrophylla. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundang

Puisi
 

Apa dijolok buah kundang,
     Isinya putih manisnya tidak;
Apa dirajuk kepada orang,
     Entah kasih entahkan tidak.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kundangkundangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Bouea spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kundangan, merapuh, remia, dan rumenia. Terdapat hanya spesies iaitu Bauea macrophylla dan B. oppositifolia. Gubal kayu kundang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna gelap. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 675 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kundang mempunyai ketahanan yang baik, dan menghasilkan buah yang boleh dimakan.
chomophytekomofitBiologiEkologiTumbuhan yang tumbuh di celah-celah batu yang penuh dengan sarap. Misalnya, kundang, Bouea sp. di atas bukit batu kapur.
gram-positivegram-positifBiologiMikrobiologiSifat bakteria yang mampu mengikat pewarnaan Gram sehingga berwarna biru biji kundang.
polygenesispoligenesisKesusasteraanTiadaCerita yang menggunakan tema yang sama dan timbul di tempat yang berbeza disebabkan latar yang sama. Contoh: cerita Malim Kundang di Minangkabau dan cerita Si Tanggang di Selangor.
analogical creationcerita kias/ibaratKesusasteraanTiadaCerita-cerita yang disusun untuk menyampaikan ajaran agama, ajaran moral atau suatu kebenaran umum dengan menggunakan perbandingan, ibarat atau kias. Contoh: cerita Si Tanggang dan cerita Malim Kundang.
AnacardiaceaeAnacardiaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang menghasilkan banyak spesies kayu dagangan. Dalam famili ini terdapat kayu yang mempunyai corak ira yang menarik seperti kayu rengas, kor kayu macang dan sengkuang; dan untuk kayu kegunaan am yang baik seperti merpauh, lelayang, kundang serta pelajau. Beberapa spesies kayu dalam famili ini seperti rengas menghasilkan perengsa yang menyebabkan algergi.
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�.
archetypetipa indukKesusasteraanTiadaPerihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye.

Kembali ke atas