Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.pon] | کوڤون

Definisi : 1. kertas kecil bercetak yg memberi seseorang hak utk mendapat potongan harga bagi sesuatu bayaran atau perkhidmatan atau­pun dgn percuma: beginilah di Cheko, setiap orang mengunjungi restoran dgn ~ dlm saku; isilah ~ ini utk mendapatkan buku percuma; 2. Id surat kecil yg menunjukkan faedah (bunga) yg diperoleh (dr bon dll); pajak ~ cukai yg dikenakan pd bunga yg diterima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pon] | کوڤون

Definisi : surat kecil atau tiket yg boleh ditukarkan dgn barang atau utk membeli barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kupon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coupon bondbon kuponEkonomiEkonomi IslamBon yang menghasilkan pulangan tetap dalam bentuk bayaran kupon kepada pemegang bon. Bayaran kupon akan dibayar mengikut tempoh yang dipersetujui seperti suku tahunan (tiga bulan), setengah tahunan (enam bulan) atau tahunan (12 bulan). Pengeluar akan membayar kupon pada setiap akhir tempoh tersebut kepada pemegang bon. Pemberian kupon ini merupakan pulangan atau perolehan kepada pembeli bon. Bon jenis ini tidak diterima oleh syarak kerana mempunyai unsur riba.
zero coupon bondbon kupon sifarEkonomiEkonomi IslamBon yang tidak memberikan bayaran kupon tahunan, iaitu tanpa pulangan tetap tahunan. Bon ini diterbitkan dan dijual pada masa penerbitan dengan harga diskaun yang tinggi dan pada akhir tempoh matang, bon ini akan ditebus pada nilai muka. Keuntungan yang diterima oleh pemegang bon berdasarkan perbezaan harga diskaun semasa pembelian dengan nilai muka masa matang. Bon ini boleh didenominasikan kepada beberapa sijil dengan jumlah tertentu untuk membolehkan pemegang menjual sebahagian sijil berkenaan dan menyimpan sebahagian yang lain. Kelebihan bon ini ialah pengeluar bon tidak perlu membayar kupon kepada pemegang setiap tahun tetapi boleh menolak pelunasan tahunan daripada aliran tunainya. Kebanyakan bon kupon sifar tidak boleh dipanggil balik sebelum matang. Oleh itu, pemegang boleh menolak permintaan daripada pengeluar bon untuk menebusnya pada harga rendah sebelum matang. Sinonim bon diskaun.
couponkuponKejuruteraanPetroleumSinonim: kupon kakisan Jalur logam yang kecil yang dicelup ke dalam atau didedahkan kepada sistem, seperti sistem bendalir, untuk mengetahui tabii dan kehebatan kakisan yang terjadi di dalam sistem yang bersangkutan, terutama kadar kakisan yang berlaku. Boleh juga digunakan untuk mengesan pengaruh bahan pencegah kakisan terhadap tabii atau kehebatan kakisan pada sistem tempat bahan tersebut dimasukkan.
couponkupon kakisanKejuruteraanPetroleumlihat kupon.
qualifying couponkupon layakPentadbiran PerniagaanTiadaKadar kupon semasa bagi sekuriti Ginnie-Mae yang menentukan sama ada terbitan Ginnie Mae lepas patut dihantar serah dengan premium atau diskaun apabila menyelesaikan kontrak tunai, hadapan atau opsyen.
coupen strippinglucut kuponPentadbiranTiadaPengasingan bayaran kupon daripada nilai muka bon.
international reply couponkupon jawapan antarabangsaPentadbiran PerniagaanTiadaKupon yang dikeluarkan oleh Biro Antarabangsa UPU yang boleh ditukarkan dengan setem bersama harga tertentu.
coupon strippinglucutan kuponPentadbiran PerniagaanTiadaProses memisahkan kupon daripada nilai pokok sesuatu sekuriti dan menjualnya secara berasingan.
coupon paymentbayaran kuponPentadbiran PerniagaanTiadaPembayaran faedah melalui kupon.
coupon bondbon kuponPentadbiranTiadaBon yang disertakan dengan kupon yang mesti diserahkan kepada syarikat untuk mendapatkan bayaran bunga pada masa tertentu.
12345678

Kembali ke atas