Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kup.rum] | کوڤروم

Definisi : (Kim) sj unsur logam kemerah-me­rahan yg boleh ditempa, atau dilentur dan dapat digunakan sbg pengalir elektrik yg baik, tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuprum


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyesaran logammetal displacementPenggantian logam kurang elektropositif dalam satu sebatian larutan garam dengan logam yang lebih elektropositif dalam siri elektrokimia. Contohnya, zink yang lebih elektropositif berbanding kuprum akan menyesarkan kuprum dari larutan kuprum(II) sulfat.Menengah Atas
kuprum sulfat kontanganhydrous copper sulphateSebatian logam yang berwarna biru muda, tidak mengandungi air atau air habluran. Formula CuSO4.Menengah Rendah
kuprumcopperSejenis unsur logam yang berwarna perang, boleh ditempa atau dilentur dan dapat digunakan sebagai pengalir elektrik dan haba yang baik.Menengah Rendah
kuprumcopperLogam yang berwarna perang, merupakan pengalir elektrik yang baik. Simbolnya, Cu.Menengah Atas
larutan kuprum (II) sulfatcooper (II) sulphate solutionLarutan berwarna biru yang diperoleh dengan melarutkan hablur kuprum(II) sulfat di dalam air. Formulanya, CuSO4 .Menengah Atas
sel DaniellDaniell cellSel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. Lihat RajahMenengah Atas
garam kuprum(II) karbonatcooper II carbonate saltGaram tak terlarut berwarna hijau yang membebaskan gas karbon dioksida apabila dipanaskan. Formulanya, CuCO3.Menengah Atas
gangsabronzeAloi kuprum yang mengandungi 1 - 10% timah. Gangsa yang khusus mengandungi unsur lain seperti aluminium, zink, silikon dan fosforus.Menengah Rendah
loyangbrassAloi yang berwarna kekuningan, mengandungi 60 — 70% kuprum dan 30 — 40% zink, dan digunakan untuk membuat barang perhiasan, acuan dan alat-alat pancaragam.Menengah Rendah
magnaliummagnaliumAloi yang diperbuat daripada aluminium, magnesium, dan kuprum. Magnalium bersifat ringan dan kuat.Menengah Atas
12

Kembali ke atas