Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kup.rum] | کوڤروم

Definisi : (Kim) sj unsur logam kemerah-me­rahan yg boleh ditempa, atau dilentur dan dapat digunakan sbg pengalir elektrik yg baik, tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuprum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AZURIT

Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum.

Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia

dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia

biasanya dijumpai bercampur dengan mineral

kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit .

Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum

yang tidak penting di peringkat awal kerja

melombong kuprum, azurit digunakan

terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru

azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber

utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia.

tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang

dari Chessy, Perancis.

Lihat juga Mineral (gambar: Azurit).

UMUM 
MALAKIT

Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik.

Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon

dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah

2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis

dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau

epal hingga kepada kelabu-hijau gelap.

UMUM 
PERAK NIKEL

Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink.

Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia

pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia

adalah logam berwarna kekuningan yang lebih

keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam,

tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang

digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel

yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan

seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya

pudar setelah digunakan.

UMUM 
SELENIUM

Selenium ialah unsur kimia separa logam. Secara

semula jadi ia paling kerap wujud berpadu dengan

logam seperti kuprum, plumbum, dan perak. Ahli

kimia Sweden, Jons Berzelius pertama kali

mengasingkan selenium pada tahun 1817. Manusia

dan haiwan-haiwan lain memerlukan sejumlah

kecil selenium dalam diet mereka. Unsur ini

membantu badan menukarkan lemak dan protein

menjadi tenaga. Makanan yang membekalkan

selenium termasuk daging dan ikan.

UMUM 
ALAT GANGSAALAT GANGSA, alat yang terbentuk daripada tiga unsur utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Alat yang diperbuat daripada gangsa meliputi pelbagai bentuk, seperti gendang, mangkuk, dan kapak. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MENCARI GALI

Mencari gali bererti mencari mendapan mineral

yang berharga. Pencari gali telah menjumpai

simpanan batu arang, petroleum, uranium dan

bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada

industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan

kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral

penting yang lain.

UMUM 
MILES, JOHN CAMPBELL

Miles, John Campbell (1883–1965), pencari gali

Australia yang menemukan singkapan bijih perak-plumbum

di Queensland pada tahun 1923 dan

menamakannya Mount Isa. Pada tahun 1925, Mount

Isa Mines Limited mengambil alih semua pajakan di

kawasan tersebut. Pada tahun 1942, syarikat itu

menemukan sebuah kawasan lipit kuprum yang luas

dan dalam, dan Mount Isa pun menjadi sebuah

bandar yang kaya (lihat Mount Isa). Miles lahir di

Melbourne, Victoria. Dia bekerja di ladang di barat

Victoria, New South Wales, dan Queensland

sebelum menjadi pencari gali emas pada tahun 1908.

UMUM 
ZAMAN GANGSA,ZAMAN GANGSA, kebudayaan prasejarah yang berasaskan penggunaan alat yang dihasilkan daripada tiga unsur logam utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb).  Penghasilan alat gangsa dikatakan yang terawal muncul pada Zaman Logam, yakni artifak daripada gangsa dihasilkan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan penggunaan alat besi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 
TANDA KEBAKARAN

Tanda kebakaran ialah plat logam yang

digunakan oleh syarikat insurans British yang

biasanya dipasang pada bangunan yang

diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat

menyelenggarakan bomba masing-masing untuk

menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh

syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah

syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan

mendapati bahawa bangunan berkenaan

diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba

tidak akan memadamkan kebakaran tersebut.

Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum,

kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada

bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan,

biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini

menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak

tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan.

Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun

1660-an selepas Kebakaran Besar London.

UMUM 

Kembali ke atas