Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kup.rum] | کوڤروم

Definisi : (Kim) sj unsur logam kemerah-me­rahan yg boleh ditempa, atau dilentur dan dapat digunakan sbg pengalir elektrik yg baik, tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuprum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
erythrocupreineritrokupreinPerubatanTiadaSebatian kuprum-kuprum yang terdapat di dalam eritrosit.
substance puricationpenulenan zatKimiaKimia AnalisisSuatu kaedah yang berkesan dalam penulenan logam-logam tertentu. Penulenan kuprum merupakan contoh penulenan yang dilakukan secara besar-besaran. Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod dalam rendaman asid sulfurik dan kuprum dilarutkan secara elektrolisis, membentuk larutan kuprum sulfat. Ion kuprum terbentuk di katod menghasilkan logam kuprum yang tulen. Keberkesanan kaedah ini disebabkan oleh ketakterlarutan bendasing dalam elektrolit tersebut.
copper-oxide rectifierpenerus kuprum-oksidaKejuruteraanTiadaPenerus logam yang sawar penerusannya adalah simpang di antara kuprum logam dengan kuprum oksida.
hard drawn copperkuprum tertarik kerasTeknikElektrikKuprum yang mempunyak kekuatan mekanik yang lebih baik daripada kuprum biasa. Pengalir ini biasanya digunakan untuk talian rintangan atas dan tidak bertebat. Kadangkala pengalir ini disalut dengan timah bagi mengelakkan kesan kakisan, terutamanya sewaktu disambung dengan logam lain. Sekarang kuprum jenis ini tidak digunakan lagi kerana harganya mahal.
copper wiredawai kuprumTeknikElektrikDawai pengalir elektrik yang dibuat daripada kuprum. Dawai ini kadangkala disadurkan dengan timah, untuk memelihara kuprum itu daripada bertindak balas, atau ditebat dengan getah vulkan untuk menyenangkan proses pematerian dan mengelakkabn kesan kakisan, terutama apabila disambungkan pada pengalir aluminium. Dawai kuprum mempunyai beberapa keistimewaan, antaranya ialah rintangannya rendah (1.72 – 1.78 mikroohm per cum), kekuatan mekaniknya yang tinggi, mudah disambung, sukar terkakis, saiznya kecil dan boleh membawa arus yang besar.
bar windingbelitan palangTeknikElektrikBelitan pengalir bersaiz besar, menyerupai batang pengalir kuprum, bagi menggantikan dawai kuprum biasa. Belitan palang digunakan untuk membawa arus yang besar, dan dengan itu hanya digunakan pada motor besar atau sebagai sangkar tupai pada pemutar motor aruhan sangkar tupai.
redox reactiontindak balas redoksKimiaTiadaTindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam tindak balas kimia. Misalnya, tindak balas kuprum(II) oksida dengan zink menghasilkan logam kuprum dan zink(II) oksida. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan menjadi logam kuprum manakala logam zink dioksidakan menjadi zink(II) oksida. Tindak balas ini melibatkan pemindahan elektron dari zink (iaitu tindak balas pengoksidaan) kepada ion kuprum(II) (iaitu tindak balas penurunan).
emerald greenhijau zamrud;; zamrud hijau (sebatian),KimiaTiada2. Bahan berwarna hijau-biru terdiri daripada kuprum arsenit dan kuprum asetat.
reductionpenurunanKimiaTiada1. Penyingkiran oksigen daripada sesuatu bahan, atau penggabungan hidrogen kepadanya. Misalnya, penurunan kuprum(II) oksida kepada kuprum oleh karbon. 2. Tindak balas yang melibatkan penerimaan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II). Proses penurunan boleh berlaku apabila bahan yang akan terturun, iaitu agen pengoksidaan, bertindak balas dengan agen penurunan atau menerima elektron daripada katod dalam elektrolisis. Bdg. pengoksidaan.
copper poisoningkeracunan tembagaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan sebatian kuprum. Had pendedahan kepada sebatian kuprum ialah 2 ppm. Tanda utama keradinan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan ialah pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan larutan ion kuprum pada kulit secara berulang mungkin menyebabkan tindak balas eritematus, papul, dan granulomatus pada sesetengah individu. Penyedutan semburan yang mengandungi kuprum dikaitkan dengan kejadian kanser paru-paru dan kemungkinan kerosakan hepar. Dalam penemuan makmal, urinalisis mungkin menunjukkan hematuria dan proteinuria yang menandakan kerosakan renal. Penemuan patologi termasuklah perdarahan gastroenteritis dan kerosakan buah pinggang dan hati. Kematian mungkin berlaku akibat pengingesan 10g kuprum(Il) sulfat.
12345678910...

Kembali ke atas