Bagaimanakah caranya untuk membina ayat menggunakan perkataan semantung untuk menerangkan cuaca? Bolehkah saya membuat ayat "Agak semantung cuaca hari ini." ? | Semantung bermaksud guruh dengan tiada hujan, iaitu merujuk cuaca yang kurang baik. Contoh ayat yang diberikan tidak betul kerana semantung bukan bermaksud cuaca, sebaliknya guruh, iaitu bunyi bising di langit yang biasanya didahului oleh kilat. Penggunaan contoh ayat yang betul ialah Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi semantung yang kuat atau Bunyi semantung yang bertali arus membingitkan telinga. | Makna | 31.08.2021 |