Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.nia.an] | کورنياءن

Definisi : anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.nia.an] | کورنياءن

Definisi : sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurnia (kata nama)
Bersinonim dengan kasih, anugerah, pemberian, nikmat, hadiah, berkat, rahmat;,
Kata Terbitan : mengurniakan, kurniaan, pengurniaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah maksud "kurnia" dapat disamakan dengan maksud "kurniaan"? Maksud "kurnia" dan "kurniaan" hampir sama. Dalam Kamus Pelajar, "kurnia" diberi takrif "pemberian daripada Allah atau daripada raja sebagai tanda kasih kepada", manakala "kurniaan" diberi makna "sesuatu yang dikurniakan; pemberian (gelaran dll)". Kedua-dua perkataan "kurnia" dan "kurniaan" bermaksud pemberian; sesuatu yang dikurniakan. Jadi, adakah kedua-dua kata terbitan yang berbeza imbuhan ini sama maksud?Maksud "kurnia" dan "kurniaan" memang sama.  "Kurniaan" ialah kata terbitan daripada "kurnia".  Cuma ia digunakan pada ayat yang berbeza. Makna19.12.2014
YHYang Hormat (Kurniaan Negeri Pahang)Ejaan10.03.2011
1.Pangilan Tuan Haji / hajjah dikategorikan kurniaan,warisan atau iktisas? TQVMtuan haji atau hajah boleh dikategorikan sebagai gelaran.Tatabahasa18.09.2011
Perkataan mukjizat boleh digunakan dalam konteks agama Kristian?Mukjizat bermaksud kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Ini bermakna, mukjizat merujuk kepada ajaran agama Islam. Untuk itu, tidak boleh digunakan untuk agama Kristian.Lain-lain04.10.2015
Selamat sejahtera, Perkataan "manakala" dikelaskan sebagai kata apa? Kata hubung atau boleh dikelaskan sebagai penanda wacana? Jika digunakan di hadapan ayat, perlukah diletakkan tanda koma? Ayat Contoh: Manakala, kurniaan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Jesus ialah bukti kenabian Jesus. Terima kasih.

Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sehubungan dengan itu, perlu diletakkan di tengah-tengah ayat. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”

Tatabahasa22.01.2020
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan penggunaan tanda baca yang sesuai bagi ayat terjemahan al-Quran. Soalan 1 Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku! Atau Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas! Maka, ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku. Soalan 2 Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian? Atau Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian! Soalan 3 Biasanya, ayat terjemahan al-Quran sangat panjang dan isi ayat agak meleret sehingga peletakan tanda baca menjadi sangat mengelirukan. Bolehkan pihak DBP ulaskan perkara ini dan berikan contoh bagaimana kami dapat menyelaraskan penggunaan tanda baca dalam kitab terjemahan al-Quran kami? Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang tepat bagi ayat terjemahan al-Quran tersebut ialah:
1. Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku!
2. Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian?

Manakala untuk soalan ketiga, penerbitan bahan yang mengandungi terjemahan ayat al-Quran, pihak kami akan merujuk kepada terjemahan al-Quran Pimpinan al-Rahman. Walau bagaimanapun, pihak puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Yayasan Restu berkaitan hal ini. Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020
apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato SeriPangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara.Lain-lain27.10.2010
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologiEjaan yang betul:
1. sepertimana
2. kuambil
3. draf
4. skim 
5. pelaksanaan 
6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada  Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri)
7. periuk
8. enjin 
9. walaupun 
10. kaset
11. professor 
12. tragedi
13. televisyen
14. jawatankuasa
15. estetika
16. geran
17. logik
18. sambung
19. awet
20. batalion
21. psikologi
Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my.
Ejaan22.12.2015
Ulasan tentang sinopsis novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. Ulasan Tentang watak Jeha dan Lahuma dalam novel tersebutSdr. yang bertanya,

1. Sinopsis ringkas novel tersebut ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama isterinya, Jeha dan anak-anaknya.  bagi Lahuma dan keluarganya "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SWT. Itulah pegangan hidup Lahuma dan keluarganya.  Lahuma sekeluarga terpaksa berhempas pulas bekerja di tengah bendang dengan melawan segala bencara yang merosakkan tanaman padi mereka. kematian Lahuma menambahkan lagi penderitaan Jeha dan anak-kanaknya untuk menyelamatkan padi mereka daripada bencana alam, sehingga  Jeha menjadi gila. Tugas tersebut terpaksa ditanggung pula oleh anak mereka, Senah dan adik-adiknya.


2. Secara umumnya watak lahuma dan Jeha digambarkan mempunyai semangat waja sebagai mewakili masyarakat kaum tani yang bergitu gigih berusaha dengan jerih payah. Apa saja dugaan yang melanda mereka tetap mengharungi dengan segala usaha yang ada. bagi petani seperti mereka, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi.  Pengangan hidup mekera apa saja kurniaan  Allah, "Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SW"  mereka tetap terima dengan tabah dan  rasa syukur.

sekian sahaja jawapan ringkas dari saya. saudara boleh mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut dengan membaca esei-esei dan kritikan berkaitan novel tersebut daripada buku-buku
terbitan DBP.
Sastera14.03.2012

Kembali ke atas