Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.tu] | کوتو

Definisi : sj binatang halus (yg terdapat pd rambut manusia, bulu binatang, dll); jenis-jenis: ~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala, dll; ~ air sj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal; ~ embun orang yg suka merayau-­rayau dgn tidak menentu pd malam hari; ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan dgn tidak menentu; ~ rayau orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; sudah mati ~ bp sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu; (bagai) mencari ~ dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; di mana ~ makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya; ibarat ~ boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga; pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina; berkutu 1. mempunyai kutu: rambutnya ~; 2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyebak-nyebak rambut): lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dgn segala dayang; berkutu-kutuan saling menyelisik kepala(utk mencari kutu); mengutui mencari kutu (di kepala dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tu] | کوتو

Definisi : 1. ark sj perkumpulan perniagaan; 2. sj usaha gotong-royong bagi mengum­pulkan wang tiap-tiap bulan dan menentu­kan giliran orang yg mendapatnya dgn cara mengundi, sinoman, arisan; berkutu berkumpul, bersyarikat, bersekutu; ®sekutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tu] | کوتو

Definisi : binatang halus spt tuma yg menghisap darah manusia atau binatang (terdapat pd rambut manusia, bulu binatang dll); Pediculus spp.. ~ anjing; ~ babi; ~ daun. ~ embun ki orang yg suka merayau-rayau dgn tidak tentu tujuan pd malam hari. ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan tanpa tujuan. berkutu 1 ada kutu: Rambutnya ~. 2 = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyingkap-nyingkap rambut. mengutui menyelisik rambut seseorang utk mencari kutu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ku.tu] | کوتو

Definisi : perbuatan menabung wang oleh beberapa orang pd tiap-tiap bulan (minggu dll) dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara undi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kutu

Puisi
 

Orang ceti menyembah berhala,
     Di dalam kuil tiada yang lain;
Kutu mati di atas kepala,
     Tuma mati di tepi kain.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mencari kutu dalam ijuk.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencari jejak dalam air).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUTU

Kutu ialah serangga kecil tanpa sayap yang hidup

pada burung dan mamalia, termasuk manusia. Kutu

ialah parasit yang mendapat makanan daripada

haiwan tempat ia tinggal. Haiwan ini dikenali

sebagai perumah. Kutu menyebabkan rasa gatal

yang teruk dan boleh menyebarkan penyakit.

UMUM 
KUTU KAYU

Kutu kayu ialah nama sekumpulan krustasea

(haiwan yang mempunyai perisai badan) yang

hidup di darat yang badannya bujur leper.

UMUM 
AFID

Afid yang dikenal juga sebagai kutu tumbuh-

tumbuhan ialah serangga berbadan lembut yang

kecil yang makan jus tumbuh-tumbuhan. Banyak

jenis afid membahayakan taman, kebun, dan

tanaman ladang. Afid mempunyai badan yang

gemuk, kepala yang kecil, dan mulut yang

berbentuk tiub. Afid menggunakan tiub ini untuk

mencucuk batang tumbuh-tumbuhan atau daun

dan makan jusnya. Afid berwarna hijau, hitam,

keputih-putihan atau warna lain. Banyak jenis

afid mempunyai empat sayap. Yang lainnya tidak

mempunyai sayap.

UMUM 
ARAKNID

Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil

bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah,

kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak

seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak.

Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama,

iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri

daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali.

Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga

bahagian utama badan: kepala, toraks dan

abdomen. Araknid mempunyai empat pasang

kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga

mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai

tiga pasang kaki.

UMUM 
SERANGGA

Serangga ialah haiwan kecil, berkaki enam.

Lebah, semut, penyengat, rama-rama, lipas,

kumbang, kelip-kelip, anai-anai, dan kupu-kupu

adalah serangga. Demikian juga lalat, pepatung,

nyamuk, gegat, belalang, kutu, cengkerik,

belalang Makkah, dan pinjal. Senarai ini tiada

akhirnya.

UMUM 
KRUSTASEA

Krustasea ialah haiwan invertebrat yang mempunyai

banyak kaki bersendi. Krustasea tidak bertulang.

Cangkerang yang dikenali sebagai rangka

luar meliputi badannya. Ketam, udang krai, udang

kara, dan udang geragau ialah krustasea, seperti

juga teritip, pinjal air, dan kutu kayu.

UMUM 
MÜLLER, PAUL HERMANN

Müller, Paul Hermann (1899–1965) ialah ahli

kimia Switzerland, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1948 untuk fisiologi atau perubatan kerana

menemui sifat-sifat membunuh serangga pada

DDT (dikloro-difenil-trikloroetana). Nama akhirnya

dieja Mueller. DDT pertama kali dihasilkan di

Austria pada tahun 1873, tetapi Müller menemui

nilai DDT sebagai pembunuh serangga pada tahun

1939. DDT digunakan dengan meluas semasa

Perang Dunia II (1939–1945) untuk membunuh kutu

badan yang membawa penyakit tifus. Müller lahir

di Olten, Switzerland. Lihat juga DDT.

UMUM 
SIKAT

SIKAT, sejenis alat perapi rambut yang digunakan oleh wanita dan lelaki.  Sikat digunakan untuk mengemas, mendandan, melurut rambut dan membuang kotoran atau kutu yang melekat pada rambut.

BUDAYAAlat/Alatan
TIFUS

Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan

penyakit yang penting yang disebabkan oleh

riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang

kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan

seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia,

organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding

pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan

ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti

haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering

menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir”

penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada

manusia kepada manusia atau daripada haiwan

kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit,

atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk

tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai

demam bawaan sengkenit .

UMUM 
ARTROPOD

Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong

dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang

dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk

daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna

tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan

tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau

artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara

kumpulan artropod yang terpenting adalah:

(1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah,

rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea,

termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam,

udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid,

termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking;

(4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau

gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga

suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza

jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang

terbesar dari segi bilangan spesiesnya.

UMUM 

Kembali ke atas