Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.tu/] | کوتوق

Definisi : 1. perkataan (sumpah) yg mendatang­kan kecelakaan, laknat: tidak guna hidup kena ~ orang sahaja; 2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau kepu­tusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; mengutuk 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; terkutuk (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina,cela, dll): perbuatan yg ~; keterkutukan keadaan terkutuk; kutukan sumpah (makian, cerca, nista), lak­nat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janjisaya, maka saya akan menerima ~ Tuhan; pengutukan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mengutuk (mengeji, mencela, dll): Parti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya; pengutuk pihak atau orang yg mengutuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tu/] | کوتوق

Definisi : sukatan beras yg sama (banyaknya) dgn empat genggam; se~ beras basah prb tidak ada faedahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tu/] | کوتوق

Definisi : , = kutukan perkataan yg mendatangkan kecelakaan kpd seseorang; sumpah; laknat: tertimpa ~ Tuhan. mengutuk 1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam. terkutuk 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. pengutuk orang atau pihak yg mengutuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kutuk
Kata Terbitan : mengutuk, kutukan, terkutuk,

Peribahasa

Ke hilir kena kutuk sultan,
     ke mudik kena kutuk raja.

Bermaksud :

Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pena kutuk peristiwa tembak jatuh pesawat penumpang IranBernamaUtusan Malaysia08.07.1988
Simposium kutuk kekejaman terhadap penulisTiadaUtusan Malaysia05.02.1975
GPMS kutuk perbuatan pelajar-pelajar Malaysia terlibat demonstrasianti kerajaan di SydneyTiadaHarian Nasional15.08.1984
Demonstrasi kutuk 'Satanic Verses'TiadaUtusan Malaysia14.03.1989
Penyair kutuk kezaliman SerbDino S. SBerita Harian14.09.1992
Penyair kutuk kezaliman SerbDino S. SBerita Harian11.09.1992
Suara protes kutuk Israel - kakitangan DBP bersatu jayakan Majlis Amal Hari Palestin BersamamuRashiqah Ilmi Abd RahimBerita Harian26.02.2009
Kartunis jangan kutuk pengguna dwibahasaAnak Kampung Cakap JawaUtusan Malaysia18.06.1991
Gabungan penulis Islam kutuk campur tangan Rusia di AfghanistanTiadaUtusan Melayu31.12.1979
Anak-Anak Seni Sarawak Kutuk Kezaliman Di Bumi GazaWilliam ChanMingguan Sarawak01.02.2009
12

Kembali ke atas