Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bu] | لابو

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba memanjat) dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga; ~ air = ~ putih sj tumbuhan (herba memanjat), Lagenaria leucantha; ~ air hutan = akar ~ air sj tumbuhan (herba memanjat), akar timun gagak, belistur, daun jari buaya, ketimun, pendendang gagak, Trichosanthes wallichiana; ~ ambun = ~ merah = ~ parang sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita moschata; ~ besar sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita maxima; ~ manis sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita pepo; 2. = labu-labu a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 3. Id sj botol yg besar bulat (berbagai-bagai jenis dan gunanya); ~ tanah sj kendi yg dibuat drpd tanah; mak ~ perempuan yg mengandung; ~ dikerbuk tikus prb gadis yg sudah dinodai (tidak dara lagi); melabu 1. spt labu bentuknya (bkn perut), gendut, buncit; 2. menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dgn labu; 3. = memperlabu mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis, memperolok-olokkan, memperdayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bu] | لابو

Definisi : 1 pelbagai jenis herba memanjat atau menjalar dan buahnya boleh dibuat sayur, Cucurbita spp.. 2 = labu-labu buyung bekas air; kendi. melabu 1 menyerupai labu (bkn perut dsb); membuncit. 2 ki mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis; menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labu
Kata Terbitan : memperlabu,

Puisi
 

Labu putik di Tanjung Jati,
     Pucuk lengkuas dalam dulang;
Baru bertemu kehendak hati,
     Belum puas ditinggal pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti labu dibenam.

Bermaksud :

Sangat congkak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gourdn 1. (fruit) labu; 2. (plant) pokok labu; 3. bottle, vessel, etc made from this fruit, labu(-labu).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pumpkinn1. (plant) pokok labu; 2. (fruit), (buah) labu: ~ pie, pai labu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vegetable marrown labu bulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottle-gourdn labu air.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squash 2 n (US), (gourd) labu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calf2n (of leg), /buah, labu/ betis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jack -o’-lanternn (lantern made of pumpkin) tanglung labu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lointerj also ~ and behold, nah: ~ and behold! The pumpkin had changed into a golden carriage, nah! Labu itu telah bertukar menjadi kereta kuda emas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
marrown 1. (in bone cavity) sumsum; 2. also vegetable marrow (vegetable) labu bulu; 3. (fig.) inner meaning, essence, inti /pati, sari/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hollowvt usu ~ st out, [various translations]: the children ~ed out the pumpkins and put candles inside, budak-budak mengorek isi labu dan membubuh lilin di dalamnya; the dripping water had ~ed the rock, air yg menitis telah melekukkan batu itu; they ~ed out a whole tree and made it into a canoe, mereka menebuk batang pokok utk membuat kanu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas