Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bu] | لابو

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba memanjat) dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga; ~ air = ~ putih sj tumbuhan (herba memanjat), Lagenaria leucantha; ~ air hutan = akar ~ air sj tumbuhan (herba memanjat), akar timun gagak, belistur, daun jari buaya, ketimun, pendendang gagak, Trichosanthes wallichiana; ~ ambun = ~ merah = ~ parang sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita moschata; ~ besar sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita maxima; ~ manis sj tumbuhan (herba memanjat), Cucurbita pepo; 2. = labu-labu a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 3. Id sj botol yg besar bulat (berbagai-bagai jenis dan gunanya); ~ tanah sj kendi yg dibuat drpd tanah; mak ~ perempuan yg mengandung; ~ dikerbuk tikus prb gadis yg sudah dinodai (tidak dara lagi); melabu 1. spt labu bentuknya (bkn perut), gendut, buncit; 2. menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dgn labu; 3. = memperlabu mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis, memperolok-olokkan, memperdayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bu] | لابو

Definisi : 1 pelbagai jenis herba memanjat atau menjalar dan buahnya boleh dibuat sayur, Cucurbita spp.. 2 = labu-labu buyung bekas air; kendi. melabu 1 menyerupai labu (bkn perut dsb); membuncit. 2 ki mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis; menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labu
Kata Terbitan : memperlabu,

Puisi
 

Labu putik di Tanjung Jati,
     Pucuk lengkuas dalam dulang;
Baru bertemu kehendak hati,
     Belum puas ditinggal pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti labu dibenam.

Bermaksud :

Sangat congkak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labu (Kl.)labu (Kl.)KesenianTiadaBulatan yang dipasang antara sayap dengan bulan sabit pada wau bulan. Lebarnya sama dengan lebar kepala.
winter melonlabu airPentadbiran PerniagaanTiadaLabu berwarna hijau atau kuning yang selalu digunakan untuk sup.
bulan penuhbulan penuhKesenianTiadaBulatan yang dipasang antara sayap dengan bulan sabit pada wau bulan. Lebarnya sama dengan lebar kepala dan dikenali juga dengan nama labu di Kelantan. labu
maracasmarakasMuzikTiada

 Alat muzik moden yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang. Marakas terdiri daripada labu yang berisi butiran biji. Pemegang dipasang pada labu dan dipegang dengan kedua-dua belah tapak tangan. Marakas digoncang untuk menghasilkan rentak tertentu dalam pancaragam atau kombo yang memainkan muzik popular. Kini, alat muzik ini dimainkan dalam ensembel tradisional seperti ensembel dikir barat di Malaysia.

chayotelabu siamPertanianTiadaTiada
pumpkin (Cucurbita maxima)labu (Cucurbita maxima)PertanianTiadaTiada
pumpkin (Cucurbita maxima)labu (Cucurbita maxima)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bottle gourd (Lagenaria leucantha/Lagenaria vulgaris)labu air (Lagenaria leucantha/ Lagenaria vulgaris)PertanianTiadaTiada
bottle gourd (Lagenaria leucantha/Lagenaria vulgaris)labu air (Lagenaria leucantha/ Lagenaria vulgaris)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
marrowsumsum; kundurPentadbiran PerniagaanTiada2. Kundur: Labu yang permukaan luarnya berbulu.
123

Kembali ke atas