Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.buh] | لابوه

Definisi : 1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll): kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~; berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.buh] | لابوه

Definisi : Kd memukul dgn tangan, tabuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.buh] | لابوه

Definisi : panjang ke bawah; lw singkat: Dia terpaksa melipat lengan bajunya kerana terlalu ~. berlabuh 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. melabuhkan 1 membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan: Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut. 2 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb). pelabuhan tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. ~ bebas pelabuhan yg tidak mengenakan cukai atas barang-barang yg keluar masuk. ~ entrepot pelabuhan yg menjadi pusat perdagangan utk import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang-barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Puisi
 

Burung puyuh meniti di batang,
     Batang manggis condong ke paya;
Kebaya labuh bersanggul lintang,
     Senyum manis di pagi raya.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
side seam lengthlabuh sisiKesenianTiadaLabuh yang bermula dari ketiak atau pinggang pada bahagian sisi pakaian ke garis kelepet.
hip depthlabuh pinggulKesenianTiadaUkuran yang diambil dari garis pinggang ke labuh pinggul.
shirt lengthlabuh kemejaKesenianTiadaUkuran yang diambil dari pangkal tengkuk melalui tengah belakang ke paras labuh kemeja yang dikehendaki.
frockfrokPentadbiran PerniagaanTiada1. Sejenis pakaian perempuan yang labuh.,2. Sejenis pakaian yang labuh dan besar lengannya yang dipakai oleh padri.
cassockcassockSosiologiTiada1. Gaun atau kot labuh dan longgar yang dipakai oleh perempuan atau lelaki.,2. Jubah labuh sehingga paras kaki yang dipakai oleh paderi.
smock blouseblaus kedutKesenianTiadaPakaian kanak-kanak, labuh paras pinggul dan bahagian kelepatnya dicerut dengan reben, dipadankan dengan skirt labuh paras lutut, dan dihiasi dua baris ropol. Dipakai pada tahun 1880-an.
bertha collarkolar bertaKesenianTiadaKolar labuh dan lebar daripada fabrik sutera atau renda yang melempai dari garis leher ke bahu dan adakalanya labuh hingga ke paras pinggang. Pakaian wanita pada tahun 1840-an.
cape collarkolar mantelKesenianTiadaKolar labuh dan lebar daripada fabrik sutera atau renda yang melempai dari garis leher ke bahu dan ada kalanya labuh hingga ke paras pinggang. Pakaian wanita pada tahun 1840-an.
drop anchorlabuh sauhPerikananTiadaTiada
crotch depthlabuh kelangkangSosiologiTiada1. Ukuran yang diambil dari garis pinggang tengah belakang ke garis pinggang tengah hadapan melalui kelangkang.,2. Ukuran yang diambil dari garis pinggang ke pinggul dalam keadaan duduk.
123456789

Kembali ke atas