Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.da] | لادا

Definisi : 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.da] | لادا

Definisi : berbagai-bagai jenis herba atau buahnya (buahnya pedas dan selalu diguna-kan dlm masakan). ~ api (kecil) lada yg kecil buahnya tetapi berasa sangat pedas, Capsicum frutescens. ~ besar lada yg besar buahnya dan tidak berapa pedas, Capsicum annum. ~ hitam lada yg buahnya bulat dan hitam warnanya, Piper nigrum. ~ kering lada besar masak yg telah dikeringkan. ~ sulah lada berwarna putih, Piper refrofracfum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lada
Rujuk :cili

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan untuk lada hitam. Jika keadaan lada hitam itu terpisah tidak sejambak atau satu sahaja lada hitam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai sebutir atau sebiji? Terima kasihWaalaikumussalam,

Penjodoh bilangan bagi lada hitam ialah sebutir kerana ia merujuk biji yang kecil-kecil seperti  padi.

Tatabahasa25.06.2015
Mohon tajuk yang betul. "Manual Penanaman Lada" atau "Manual Tanaman Lada"Tajuk yang betul ialah "Manual Penanaman Lada".Tatabahasa15.08.2017
ASSALAMUALAIKUM SAYA INGIN BERTANYA APAKAH PERBEZAAN ANTARA CILI DAN LADA?Cili dan lada sama sahaja, nama saintifiknya ialah Capsicum spp.Makna03.05.2013
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan dengan tatabahasanya? Perap 170gm stik dengan 6 sudu besar sos lada hitam. Panaskan minyak di atas api sederhana, goreng stik selama 3-4 minit. Panaskan baki sos lada hitam dengan hirisan bawang besar dan tuang ke atas stik.

Perap 170 gram stik dengan 6 sudu besar sos lada hitam. Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Goreng tohor stik selama 3 hingga 4 minit. Panaskan baki sos lada hitam dengan hirisan bawang besar dan tuangkan ke atas stik.

*Goreng tohor merujuk kepada pan fry
Tatabahasa29.12.2023
Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur.Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat.Tatabahasa25.05.2010
Bagi sesautu yang ditumbuk seperti lada, apakah kata adjektif yang tepat 'hancur' atau 'lumat'?Jawapan yang betul ialah lumat. Contoh ayat, lada ditumbuk hingga lumat.Lain-lain04.05.2010
Apakah maksud perkataan bahasa tradisional ... bubunya diambil daripada Burung terbang dipipiskan ladaBerdasarkan rujukan daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi kedua yang disusun oleh Abdullah Hussain, Burung terbang dipipiskan lada bermaksud sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.

Sastera02.06.2017
Tuan/Puan, Mohon diterjemahkan perkataan ini. Traceability origin of pepper Jong Chian LaiTerjemahan bahasa Melayu  yang dicadangkan ialah:  Asal-usul lada yang dapat dikesan atau maklumat asal-usul lada yang dapat dikesanPenyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Tuan, Mohon untuk menterjemah: To authenticate the origin of Sarawak pepper according to Geographical indication (GI) Ia dalam konteks Lada (sulah) Sarawak. Jong Chian Lai

Untuk makluman DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Walau bagaimanapun, kami akan memberikan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan berdasarkan istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami.




 Untuk mengesahkan asal-usul lada Sarawak berdasarkan petunjuk geografi

 


 

Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Maksud peribahasa burung terbang dipipiskan ladaSudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.Lain-lain24.03.2010
12

Kembali ke atas