Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.da] | لادا

Definisi : 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.da] | لادا

Definisi : berbagai-bagai jenis herba atau buahnya (buahnya pedas dan selalu diguna-kan dlm masakan). ~ api (kecil) lada yg kecil buahnya tetapi berasa sangat pedas, Capsicum frutescens. ~ besar lada yg besar buahnya dan tidak berapa pedas, Capsicum annum. ~ hitam lada yg buahnya bulat dan hitam warnanya, Piper nigrum. ~ kering lada besar masak yg telah dikeringkan. ~ sulah lada berwarna putih, Piper refrofracfum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lada
Rujuk :cili

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
لفلف )folūt( تولف )fenjān( ناجنف ندرم ،ندرک توف )fowt kardan, mordan( )fowrī( ىروف )fahmīdan( نديمهف musim dingin, musim salji aktif kata kerja hanya, sahaja fakir, miskin rahang pemikiran berfikir falsafah lada seruling cawan mati segera faham, mengerti winter active verb only poor jaw thought to think philosophy pepper flute cup to die immediate to understand نديمهف ناتسمز لصف Kamus Parsi.indb

Kembali ke atas