Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ladang;

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ladang yang berpunya.

Bermaksud :

Perempuan yang sudah kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat ladang bertumpuk; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang mengaruk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat ladang bertugal; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang membuat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ladang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila ladang tidak dibakar, Bekerja penat hasil tak ada; Apabila hutang tidak dibayar, Dunia akhirat badan terhina.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ladang tidak dibakar, Manakan dapat menugal padi; Apabila hutang tidak dibayar, Nama cacat terjuallah diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ladang tidak dibakar, Hujan turun rumput berkembang; Apabila hutang tidak dibayar, Turun-temurun disebut orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa ladang tidak berpadi, Kerana tugalnya sudah patah; Mengapa orang tidak berbudi, Kerana akalnya tambah serakah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa ladang tidak ditengok, Kerana tak sudi menugal malam; Mengapa orang banyak kemaruk, Kerana tak peduli halal haram.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas