Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ladang;

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ladang yang berpunya.

Bermaksud :

Perempuan yang sudah kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sawah berpermatang (= berpiring), ladang berbintalak.Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ladang yang berpunya.Perempuan yang sudah kahwin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menari (= merentak) di ladang orang.Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang.Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memagar kelapa (= kerambil) condong, buahnya jatuh ke ladang orang.Kita yang bersusah payah, orang lain yang mendapat hasilnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing lepas ke parak.Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim.Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas