Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan mem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1 tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ladang yang berpunya.

Bermaksud :

Perempuan yang sudah kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sterile the salt-water flood rendered the fields ~, banjir air masin itu menjadikan ladang-ladang itu kersang; 2. free from germs, bacteria, bersih drpd kuman, steril: ~ surgical instruments, alat-alat pembedahan yg steril;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
peasantn 1. a. farmer who cultivates land, petani: the large estates were broken up and the land was given to the ~s, ladang-ladang besar dipecah-pecahkan dan tanahnya diberikan kpd petani-petani; b. (attrib) tani; (of clothing) desa: ~ life, kehidupan tani; a pretty ~ blouse, blaus desa yg cantik; ~ farming, bertani secara kecil-kecilan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fertilization, fertilisationn 1. act of making fertile, penyuburan; (with manure, fertilizer) pembajaan, penyuburan: ~ of these fields will improve their yield, pembajaan ladang-ladang ini akan meningkatkan hasilnya; 2. a. pollination, pendebungaan: bees are the main agents of ~ for this species, lebah ialah agen utama pendebungaan bagi spesies ini; b. insemination, pensenyawaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pour~ over, a. flow over, melimpahi, melimpah ke atas: the Nile seasonally ~s over its banks, flooding the fields on either side, air Sungai Nil melimpahi tebingnya mengikut musim, membanjiri ladang-ladang di kiri kanan sungai itu; b. move quickly over, menyerbu melalui: the rebels ~ed over the crumbling walls of the fort, pemberontak-pemberontak itu menyerbu dgn melompat dinding-dinding kubu yg sudah hendak roboh itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uplandadj & n tanah tinggi: these flowers grow well in ~ areas, bunga-bunga ini tumbuh subur di kawasan-kawasan tanah tinggi; ~ farmers, petani tanah tinggi; tea plantations in the ~s, ladang-ladang teh di tanah tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fieldn 1. open tract of grassland, padang: cows grazing in the ~s, lembu-lembu yg meragut rumput di padang; 2. cultivated tract of land, ladang; (irrigated) sawah, bendang: ~s of wheat ripening under the sun, ladang-ladang gandum yg menguning disinari cahaya matahari; 3. wide expanse covered with substance named, medan, padang: the ice ~s around the North Pole, padang ais di sekitar Kutub Utara; lava ~, medan lava; 4. area rich in named resource, medan: the opal ~s of South Australia, medan baiduri Australia Selatan; gas ~s, medan gas; 5. area cleared and marked for purposes, padang: a football ~, padang bola sepak; a landing ~, padang mendarat; training ~, padang latihan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
farmn 1. area of land together with buildings, under one management, ladang: he lived on a ~ when he was a little boy, semasa kecilnya dia tinggal di sebuah ladang; 2. area of land devoted to, a. (cultivation of fruit, vegetables, etc) kebun; (if extensive) ladang: a mango ~, kebun mangga; a tobacco ~, ladang tembakau; ~ implements, perkakas ladang; a ~ worker, pekerja ladang; b. (rearing livestock, poultry) penternakan: a poultry ~ penternakan ayam itik; c. (rearing fish, shellfish) penternakan: a fish ~, penternakan ikan; a cockle ~, penternakan kerang; 3. farmhouse, rumah ladang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
work5. cultivate (land) mengerjakan, mengusahakan: the owner ~s the farm himself, tuan punya ladang mengerjakan sendiri ladang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
predatoryadj 1. (of animal) pemangsa: ~ birds like eagles and owls, burung-burung pemangsa spt helang dan burung hantu; 2. (of person) sentiasa mencari mangsa: ~ hill tribes frequently raid the farms in the valley, puak-puak bukit yg sentiasa mencari mangsa sering merompak ladang-ladang di lembah itu; keep away from that ~ male, jauhkan diri drpd lelaki yg sentiasa mencari mangsa itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spread 4. large stretch of land, ladang: he has a 50-acre ~ in Columbia, dia mempunyai ladang seluas 50 ekar di Columbia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas