Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan mem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1 tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ladang yang berpunya.

Bermaksud :

Perempuan yang sudah kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selanat sejahtera, 1.Kami nelawat ke Ladang Teh Boh.("ladang' perlu ditulis dengan huruf besar) 2.Penulisan Cactus Valley dalam bahasa Melayu apa? Terima kasih.Cara penulisan yang betul ialah: Kami melawat ke ladang teh Boh.
Akan tetapi sekiranya Ladang Teh Boh merupakan kata nama khas bagi lokasi tersebut, ayat yang betul ialah:  Kami melawat ke Ladang Teh Boh.
 
Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk Cactus Valley ialah Lembah Kaktus.
Tatabahasa17.06.2022
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ladang". Adakah ladang termasuk kawasan yang ditanami padi? peladang juga boleh merujuki orang yang menanam padi? kalau begini, pekebun ialah orang yang mengusahakan tanah secara kecilan. Oleh itu, adakah pekebun juga merangkumi orang yang menanam padi? Harap penjelasan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Tempat menanam padi ialah sawah atau bendang,  iaitu tanah yang bencah, diairi. Manakala ladang ialah kawasan yang ditanami dengan tidak diairi. Berdasarkan maksud tersebut, orang yang menanam padi dinamakan pesawah.Lain-lain01.09.2021
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ladang". Adakah ladang termasuk kawasan yang ditanami padi? peladang juga boleh merujuki orang yang menanam padi? kalau begini, pekebun ialah orang yang mengusahakan tanah secara kecilan. Oleh itu, adakah pekebun juga merangkumi orang yang menanam padi? Harap penjelasan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Tempat menanam padi ialah sawah atau bendang, iaitu tanah yang bencah, diairi. Manakala ladang ialah kawasan yang ditanami dengan tidak diairi. Berdasarkan maksud tersebut, orang yang menanam padi dinamakan pesawah.Tatabahasa02.09.2021
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah.
2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul.
3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran.
4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang.
5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 
6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal?
Tatabahasa09.10.2016
Antara ayat-ayat berikut yang mana satu betul ? a) Sabri melawat ke ladang teh Sabah. b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. c) Sabri melawat ke ladang teh, Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah.
d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah.
Tatabahasa18.10.2012
Salam sejahtera. Minta bantuan tentang susun perkataan menjadi ayat bg murid Tahun 2. 1A Ladang anggur di Malaysia luas. 1B Ladang anggur luas di Malaysia. 2A Pemandangan di ladang teh sungguh indah. 2B Pemandangan sungguh indah di ladang teh. Jawapan A adalah jawapan sebenar mengikut skema jawapan. Adakah jawapan B juga boleh diterima? Terima kasih. Daripada Cikgu SingAyat yang gramatis ialah Ladang anggur di Malaysia luas dan Pemandangan di ladang teh sungguh indah.
Tatabahasa29.10.2015
Ladang Kami ingin memasang Papantanda dan difahamkan kami perlu dapat kelulusan daripada DBP untuk permohonan tersebut sebelum kami lanjutkan permohonon ke pihak Majlis Daerah Bera. Bagaimana cara untuk buat permohonan tersebut?Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.
Lain-lain18.03.2022
1. Setiap hari, ayah bermandi peluh di ladang. 2. Setiap hari, ayah mandi peluh di ladang. Ayat yang mana betul?Ayat yang betul ialah ayat pertama:  Setiap hari ayah bermandi peluh di ladang.Tatabahasa11.08.2016
Saya hendak bertanya tentang ayat songsang. Contoh ayat di bawah: Ayat susunan biasa: Mereka menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam. Ayat songsang: Menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam mereka ATAU Ke ladang ternakan ayam mereka menyertai lawatan. Ayat songsang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? Minta penjelasan, terima kasih.Ayat songsang yang tepat untuk ayat tersebut ialah Lawatan ke ladang ternakan ayam mereka sertai.Tatabahasa24.08.2017
Salam, Yang manakah betul? 1) Encik Ali ingin memproses susu lembu dari ladang ternaknya. 2) Encik Ali ingin memproses susu lembu daripada ladang ternaknya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Encik Ali ingin memproses susu lembu dari ladang ternaknya". Dalam ayat di atas, kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan tempat. 
Tatabahasa13.12.2021
123456

Kembali ke atas