Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan mem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1 tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ladang yang berpunya.

Bermaksud :

Perempuan yang sudah kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLadang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaTebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga.
Kurik Kundi Merah SagaSagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga; Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga.
Kurik Kundi Merah SagaSagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu.
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaApa digulai orangdi ladang, Pucuk kacang jela-berjela; Apakah Tenggang anak dagang, Hari petang jenjang orang hela.
Kurik Kundi Merah SagaMenanam bemban dalam ladang, Bunga rampai dalam puan; Kukirim pada kumbang terbang, Adakah sampai padamu tuan?
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak ke ladang tuan, Habislah padi dililit kangkung; Jikalau tidak memandang tuan, Hati beramuk dengan jantung.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak ke ladang tuan, Habislah padi dililit kangkung; Jikalau tidak memandang tuan, Hati beramuk dengan jantung.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga ke ladang mencari, Orang berjudi di dalam puan; Dua tiga boleh kucari, Tidak sama semacam tuan.
12345

Kembali ke atas