Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan mem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1 tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ladang yang berpunya.

Bermaksud :

Perempuan yang sudah kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
centeng (centéng)Id 1. jaga atau penjaga bangunan (gudang dll); 2. mandur di ladang­ladang syarikat (persendirian); 3. ark pe­ngawas (pemeriksa) penjualan candu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ladang tinggalladang yg tidak diusahakan lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerja ladangkerja di ladang, (usaha) berladang;Kamus Dewan Edisi Keempat
menanamimenanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hasienda(hasiénda) (Sepanyol) ladang tanam­an atau ladang ternak yg mempunyai rumah kediaman (di negara yg berbahasa Sepanyol).Kamus Dewan Edisi Keempat
menanamimenanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. Kamus Pelajar
memperladangkanmem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah;Kamus Dewan Edisi Keempat
memperladangmem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah;Kamus Dewan Edisi Keempat
menguasai1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
kekas II(Palembang) sekeping tanah yg diapit oleh ladang baru dan ladang yg sudah ditanami.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas