Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan mem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.dang] | لادڠ

Definisi : 1 tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ladang yang berpunya.

Bermaksud :

Perempuan yang sudah kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nucleus herdkumpulan nukleusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProgram mengembangbiakkan peningkatan baka terpusat dalam memilih haiwan yang terbaik dari ladang-ladang bekalan untuk diselenggarakan bagi tujuan menghasilkan haiwan yang lebih produktif. Sebagai contoh, 200 ekor haiwan betina elit dipilih untuk membentuk kumpulan nukleus dan dikawankan dengan jantan terpilih bagi menghasilkan generasi berikutnya. Proses ini akan mengakibatkan satu pertambahan progresif prestasi purata gerompok nukleus daripada generasi kepada generasi.
field chopperpemotong ladang; pencincang ladangKejuruteraanTiadaImplemen pada jentera ladang yang digunakan untuk menghancurkan tanah yang telah dibajak.
commercial farmsladang komersialPertanianAgroteknologiLadang yang diusahakan secara persyarikatan bagi tujuan menjana pendapatan. Keadaan ini berbeza dengan ladang sara diri yang menghasilkan makanan hanya untuk keperluan sendiri. Ladang komersial biasanya menggunakan tanaman yang bernilai tinggi dan menguntungkan. Matlamat penghasilan ladang komersial adalah untuk mendapatkan pendapatan maksimum dengan modal yang munasabah. Biasanya, hasil ladang komersial akan dipasarkan melalui rangkaian pemasaran. Saiz untuk ladang komersial biasanya ialah melebihi 20 hektar.
farm receiptpenerimaan ladang; hasilan ladangPertanianTiadaTiada
farm planpelan ladang; rancangan ladangPertanianTiadaTiada
farm building developmentperkembangan bangunan ladangKejuruteraanTiadaPerubahan struktur atau reka bentuk bangunan ladang akibat perubahan atau perkembangan aktiviti ladang dan peningkatan kuantiti hasil ladang.
seed farmladang biji benihPertanianAgronomi

 Ladang yang mempunyai kemudahan operasi dan kemudahan serta kelengkapan untuk menghasilkan biji benih yang disahkan. Ladang biji benih perlu berjauhan daripada ladang tanaman yang sama jenis supaya tidak berlaku pencemaran genetik.

pasture-farmladang pasturaVeterinarTiadaLadang rumput atau sesuatu tanaman foraj untuk dijadikan makanan ternakan sama ada secara potong-angkut, rumput kering atau silaj. Ladang ini boleh bersifat kekal dan tidak digunakan untuk ragutan. Ladang ini boleh juga digunakan untuk penghasilan biji benih dan bahan tanaman tampang (keratan batang atau tunggul).
homesteaderbakal pemilik rumah ladang; pemilik rumah ladangSejarahTiadaTiada
field efficiencykecekapan ladangKejuruteraanTiadaPeratus nisbah muatan ladang berkesan berbanding dengan muatan ladang teori.
12345678910...

Kembali ke atas