Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.faz] | لفظ

Definisi : Ar 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik, sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2. kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~ surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah; berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa; melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini; terlafaz dapat dilafazkan: “Maaf, Mira!” hanya itu yg ~ olehnya; pelafazan perihal (proses) melafazkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.faz] | لفظ

Definisi : 1 bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan; sebutan atau ucapan sesuatu perkataan: ~ kata-kata Rusia agak sukar bagi kita menyebutnya. 2 kata-kata atau perkataan yg diucapkan: Tahukah kamu bagaimana ~ niat puasa? melafazkan mengucapkan perkataan (kata, doa dll): Mereka semua berdiri tegak dan ~ ikrar taat setia kpd kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lafaz (kata nama)
Bersinonim dengan sebutan, ucapan, ujaran, bunyi pertuturan;,
Kata Terbitan : melafazkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
السندsanadAgama IslamHadithRangkaian perawi dan lafaz-lafaz yang digunakannya untuk sampai kepada matan.
الاداءpenyampaian ḤadīthAgama IslamHadithPeriwayatan atau penyampaian Ḥadīth dengan menggunakan lafaz-lafaz tertentu.
waqf wardingsighah wakafEkonomiEkonomi IslamPernyataan atau lafaz tawaran yang dinyatakan oleh wakif dan lafaz penerimaan oleh mauquf a''laih dalam akad wakaf. Walau bagaimanapun, akad wakaf sah tanpa lafaz penerimaan oleh mauquf a''laih. Kandungan sighah akan menentukan jenis wakaf dari segi tempoh, penggunaan dan penerima. Sighah ini boleh disampaikan dengan beberapa cara sama ada secara lisan, tulisan atau isyarat. Contoh lafaz tawaran "Saya wakafkan tanah ini selama-lamanya bagi mendirikan madrasah". Sinonim pernyataan wakaf.
قالberkataAgama IslamHadith1. Lafaz penyampaian yang boleh difahamkan sabit mendengar daripada guru jika lafaz itu disebut oleh perawi yang sabit pertemuan di antara keduanya. 2. Lafaz yang digunakan untuk meriwayatkan Ḥadīth.
bai‘ ta’ahjual beli tanpa lafazPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang berlaku tanpa wujud lafaz ijab dan kabul apabila pihak berakad saling member, iaitu penjual menyerahkan produk dan pembeli menghulurkan bayaran tanpa menyebut “Saya menjual” atau “Saya membeli”. Sebahagian ulama membenarkan bai‘ ta’ah kerana wujud unsur rela dan diterima sebagai jual beli dari sudut adat. Dalam mazhab Syafii, rukun sighat dalam bentuk lafaz adalah diperlukan sebagai tanda keredaan.
الصيغةlafaz ijab dan kabulAgama IslamFiqhLafaz yang diucapkan oleh kedua pihak yang melakukan sesuatu akad. Contohnya, dalam urusan jual beli, penjual berkata "saya jual" dan disambut oleh pembeli "saya beli".
صيعة منجزةlafaz tepatAgama IslamFiqhLafaz yang berkuat kuasa dengan terlafaznya perkataan itu (istilah Hanafi).
صيغة غير منجزةlafaz bertangguhAgama IslamFiqhLafaz yang tidak berkuat kuasa dengan keluarnya perkataan itu (istilah Hanafi).
محلوف بهlafaz sumpahAgama IslamFiqhSumpah suami dengan lafaz Wallah yang dia tidak akan bersetubuh dengan isterinya selama lebih daripada empat bulan.
فيه نظرfīhi naẓarAgama IslamHadith1. Lafaz tajrih yang paling tinggi darjatnya. 2. Lafaz tajrih yang paling rendah darjatnya menurut Imam Bukhariy.
12345678

Kembali ke atas