Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ga] | لاݢ

Definisi : 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggar­kan, menghantukkan: dia sengaja ~ kereta­nya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara meng­hasut, membuat fitnah, dsb), mengadu­dombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggar­kan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepala­nya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menya­bungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau di­lagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk ber­laga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ga] | لاݢ

Definisi : Jw; berlaga memegahkan (meninggi­kan) diri sendiri, takbur; laga-lagaan bermegah-megah, berperasaan besar diri; ®lagak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ga] | لاݢ

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), kembal benang, rengas api selemah, Melanochyla tomentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ga] | لاݢ

Definisi : ; berlaga 1 bersabung (bkn ayam, lembu dll); berkelahi: Pernahkah kamu melihat ayam ~ dgn puyuh? 2 berlanggaran atau berhantukan (bkn kereta, pinggan mangkuk dll). melagakan menghantukkan atau melanggarkan: Beliau telah ~ kepala penyamun itu ke tiang sehingga berdarah. memperlagakan 1 membuat supaya berlaga atau berkelahi (ttg ayam dsb). 2 membuat supaya berlanggar (ttg kereta, perahu dsb). perlagaan perbuatan berlaga atau hasil memperlagakan; perkelahian; perlanggaran: Temasya ~ lembu masih disukai di setengah-setengah tempat. pelagaan perbuatan atau hal melagakan. pelaga 1 suka berlaga atau suka berkelahi. 2 (sesuatu) yg diperlagakan: ayam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,

Puisi
 

Banyaklah cabi menghisap daun,
     Kapas dihisap terlaga-laga;
Meminta mandi dalam pangkuan,
     Meminta mandi si air mata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lambat laga asalkan menang.

Bermaksud :

Biar lambat asalkan maksud tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Laga DemokrasiZai BieeUtusan Borneo10.03.2008
Laga buah keras permainan tradisi di PahangHaris Fadilah AhmadUtusan Malaysia04.01.1994
Kerbau Laga Tanduk RuncingOsman DolUtusan Zaman13.12.1987
Bukan Medan LagaMya MarjaBerita Harian21.03.2009

Kembali ke atas