Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Burung tuli mandi berhujan,
     Bolehlah mandi sekali lagi;
Orang tua menjunjung uban,
     Boleh masuk ke medan lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Sudah bertongkat tempurung,
     tak terangkat pelupuk matanya lagi.

Bermaksud :

Sudah tua sekali.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sini nak rujuk lagi sekali bagi makna perkataan 'mengamatkan' bagi ayat di bawah. Perlawanan kedua-dua pasukan bola sepak terkenal itu mengamatkan suasana di stadium itu. Adakah perkataan 'mengamatkan' dalam ayat di atas bermaksud meneliti? Atau memperhebatkan suasana? Harapkan penterjemahan perkataan itu dalam ayat itu.Terima kasih.Perkataan "mengamatkan" tidak tepat dalam konteks tersebut. Perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "menggamatkan" yang bermaksud menyebabkan gamat pada telinga, membisingkan, memekakkan, pekik sorak. Contoh ayat dengan penggunaan perkataan yang betul ialah Perlawanan kedua-dua pasukan bola sepak itu menggamatkan suasana di stadium itu.Lain-lain29.01.2021
Assalamualaikum w.b.t Saya seorang pelajar dari pusat asasi UIAM. Saya ingin bertanya lagi sekali, mengapa orang Malaysia sangat suka menyingkatkan perkataan seperti sudah menjadi dah ? atau sekejap menjadi jap ? adakah kerana sifat bangsa kita malas atau sebaliknya ? Saya mohon pencerahanSalam sejahtera,

Penggunaan singkatan pada perkataan

Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi.  

Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi  pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti  Kamus Dewan dan Kamus Pelajar

Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya.  

Sekian, untuk makluman.


Lain-lain25.10.2020
Ayat mana yang betul? A) paling cantik sekali B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali E) tercantik sekali TQ

Ayat yang betul ialah B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali. Ayat A) paling cantik sekali dan E) tercantik sekali salah kerana imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan.  Oleh itu, kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak.  Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. 

Tatabahasa29.03.2010
Mohon semak ayat di bawah: Walau bagaimanapun, sebagai peringatan tuan/puan dipohon untuk menyemak sekali lagi bagi memastikan bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan tiada perlanggaran hak fipta.Sebagai peringatan tuan/puan dimohon untuk menyemak sekali lagi bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan bagi memastikan  tidak berlaku perlanggaran hak cipta.Tatabahasa15.05.2013
Sudah buat bayaran untuk iklan melalui online banking, tapi laman web (dbp sah bahasa) masih belum proses, kenapa minta I bayar sekali lagi???Pihak kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk makluman, iklan tuan/puan sedang diproses. Tuan/puan tidak perlu membuat bayaran sekali lagi.Lain-lain27.02.2018
sekali lagi saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengenal pasti ayat di bawah ini, jika terdapat sebarang unsur lewah. "....perayaan hari guru akan berlangsung bermula dari 13 Mei hingga 16 Mei akan datang......" sekian terima kasih.Benar, ayat yang dibina tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah  "... perayaan hari guru akan berlangsung dari 13 hingga 16 Mei akan datang ...".Tatabahasa29.06.2012
Salam. Sekali lagi saya ternampak percanggahan terhadap huraian yang diberikan oleh pihak DBP. Penggunaan kata sendi nama dalam ayat ini. 1) Mak Cik Leha sudah sampai di/ke rumahnya. Yang mana lebih tepat? Huraian pada tahun 2006 menyatakan 'di' kerana menunjukkan sudah sampai tetapi huraian 2010 pula menyatakan 'ke' tanpa penerangan. Terima kasih.Salam, 

Kata sendi yang tepat ialah Mak Cik Leha sudah sampai di rumahnya. Kata sendi  yang digunakan  adalah "di" kerana dalam konteks ayat tersebut, Mak Cik Leha telah/sudah sampai. Jika Mak Cik Leha dalam perjalanan menuju ke rumahnya (belum sampai/arah yang dituju), kata sendi yang perlu digunakan adalah "ke". Contoh ayat, Mak Cik Leha sedang berjalan menuju ke rumahnya.


Untuk lebih jelas, boleh lihat penggunaan kata sendi di dan ke di bawah ini:
Kata sendi nama "di" = digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh lain: 1. Menanam bunga di dalam pasu. 2. Menyimpan pisau di dalam laci. 3. Melancong ke Melaka. 4. Memasukkan duit ke dalam tabung. 5. Menyimpan duit di dalam tabung.

Tatabahasa06.10.2015
Salam, sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan kepada pihak tuan/puan. Ayat manakah yang lebih tepat sama ada 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' atau 'Kad Jualan Pekebun Kecil Getah'. Untuk makluman tuan/puan, salah satu ayat di atas akan digunakan untuk dicetak ke atas Kad yang akan digunakan oleh pekebun kecil untuk menjual getah mereka kepada peniaga getah. Mohon pihak tuan/puan untuk mengkaji penggunaan bahasa pada ayat-ayat di atas atau memilih salah satunya supaya satu ayat yang lebih tepat dan menunjukkan identiti kad tersebut dapat dihasilkan sebelum ianya dicetak ke atas kad. Terima kasih.

Encik Mohd Termizi,

Jawapan yang betul ialah 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' terima kasih.

Tatabahasa25.02.2010
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com)Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal.Tatabahasa14.02.2011
Tuan, saya sekali lagi menghantar tanyaan yang bertajuk Kebingungan = Berasa Bingung dalam WordPad kerana terdapat tambah dan pembetulan. Sila tuan tatap soal saya lalu mengiktiraf kupasan saya.Tuan, tidak semua kata adjektif yang diberi apitan ke-..an boleh diletakkan pada ayat yang sama.
Orang ramai kebingungan. (betul)
Orang ramai keletihan (betul)
Orang ramai kegembiraan (salah)
Orang ramai melompat kegembiraan  (betul)                                                                                                                         
Tatabahasa23.12.2016
12345678910...

Kembali ke atas