Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lah] | له

Definisi : partikel pd akhir kata yg menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu: mari~ duduk; makan~ sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lah] | له

Definisi : Kl, Ph, Pr, Tr, bp ayuh, mari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lah] | له

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kubung, Pitta brachyura cyanoptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lah] | له

Definisi : partikel atau kata tugas yg digunakan utk menegaskan kata yg mendahuluinya serta terikat dgnnya: Makan~ kuih itu. Jangan~ kamu berasa segan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lah

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lah tampak jalan tempat lalu,
     lupa batu akan menarung.

Bermaksud :

Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Yang mana betul : Siti Nurhalizalah atau Siti Nurhaliza lah / YouTubelah atau YouTube lah. Bolehkah lah dicantumkan kepada kata nama khas/slanga/dan lain-lain jenis perkataaan? Sekian, terima kasih!Penggunaan perkataan yang betul ialah Siti Nurhalizalah/YouTubelah. Partikel "lah" boleh digunakan pada kata nama khas dan slanga mengikut kesesuaian konteks yang digunakan.Ejaan16.11.2020
Salam sejahtera, Bagi ayat dialog ini: "tak ada lah" -> Haruskah lah dicantumkan kupada perkataan "ada" atau dipisahkan? Sekian, terima kasih!

lah” perlu dieja bercantum dengan perkataan “ada”.

Lain-lain21.03.2022
Ejaan bagi perkataan 'masalah' sepatutnya di sebut [ /ma/sa/lah/]. Namun kebiasaan penutur Bahasa Melayu menyebut [ma/ sa/ a/lah].Sebutan yang betul untuk perkataan "masalah" ialah mas.a.lah  (mas/a/lah).Tatabahasa05.07.2013
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih -

1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah.  

2. Perlu ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa01.10.2010
Salam sejahtera! Dari sudut dialog...."dah lah tu...jangan bersedih lagi." Adakah dah dicantumkan/dipisahkan dengan lah -> dahlah atau dah lah? Sekian terima kasih!Ejaan yang betul ialah "dahlah".Lain-lain11.11.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lah'. Dijarakkan atau dirapatkan? Contoh : bosanlah atau bosan lah Sekian, terima kasih.Kata penegas atau disebut juga partikel seperti -kah, -lah dan -tah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya; contohnya siapakah, itulah dan apatah.Tatabahasa13.12.2014
Assalamualaikum Adakah perkataan yang menggunakan partikel -lah, -kah, -tah tergolong dalam bentuk kata terbitan? Contohnya perkataan 'cukuplah'. Partikel -lah tidak merujuk kepada imbuhan. Mohon pencerahan.-Darayani.Salam,

Partikel -lah, -tah, -kah bertindak sebagai penegasan dalam ayat dan bukan membentuk kata terbitan. Terima kasih.
Lain-lain12.03.2015
Salam sejahtera, Perkataan ada jika diikuti dengan lah; haruskah ianya dicantumkan? Contoh ayat: A: Kau yang melakukannya? B: Tak adalah / Tak ada lah. Terima kasih!Kata penegas atau disebut juga partikel -lah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya. Contoh: inilah. mungkinlahEjaan24.07.2020
Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera.Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi.Tatabahasa15.01.2013
Assalamualikum tuan, saya dalam proses menyiapkan transkrip wawancara lisan bagi tujuan pembukuan sejarah jabatan. saya dapati banyak perkataan yang digunakan buku Bahasa Malaysia dan lebih kepada percakapan harian. Mohon maklum balas segera memandang tarikh akhir hujung minggu ini. Saya merujuk banyak pihak tapi semua memberi pendapat yang berbeza dan mengelirukan. Di antaranya penggunaan nama khas / am ( penggunaan huruf besar contoh: 1.Ketua Pengarah Bomba Malaysia 2. ketua pengarah bomba ( ini huruf besar juga? 3. jabatan bomba / jabatan polis penggunaan perkataan "lah" contoh dalam dwi bahasa iaitu makan lah, begitu lah, best lah, excersise lah - adalah penggunaan perkataan ini didekatkan. Penggunaan perkataan Dato. Tuan , Encik di tengah - tengah ayat contoh: Apa pendapat dato ( Dato) atau Tuan Haji ( tuan haji) dalam perkara ini - huruf besar atau kecil. sekian terima kasih mohon jawapan ASAP1. Ejaan yang betul ialah Ketua Pengarah Bomba Malaysia.
3. Jabatan Bomba Malaysia (Jabatan Bomba) ditulis dalam huruf besar pada pangkal huruf setiap kata dan dalam pengulangan kata digunakan Jabatan Bomba sahaja. Partikel "lah" ditulis bersambung dengan huruf yang sebelumnya.
Ejaan22.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas