Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. | Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung. | Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak. | Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lah ke tengah makan api. | Perselisihan yang telah mendalam, maka susah didamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya. | Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lah karam maka bertimba. | Setelah mendapat celaka baru ingat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut. | Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukit 'lah tinggi, lurah 'lah dalam. | Teramat tua dan daif. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang. | Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: 'Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang bertakuk yang ditebang, yang bergaris yang dipahat. | Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. 'Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut, b. Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |