Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.har] | لاهر

Definisi : bahan cecair yg panas yg mengalir keluar dr gunung berapi (yg meletus), lava: ada dua jenis ~ gunung berapi yg disebut asasi dan asidik; ~ asasi lahar yg tidak banyak mengandungi silika (cair dan boleh mengalir lebih jauh drpd lahar asidik); ~ asidik lahar yg mengandungi banyak silika (pekat dan me­ngalir tidak berapa jauh); berlahar (yg boleh) mengeluarkan lahar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.har] | لاهر

Definisi : Kl lapang (tanah, rawa, dll), luas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.har] | لاهر

Definisi : lumpur yg keluar dr gunung berapi yg meletus; lava. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lahar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAHAR UMUM 
MONT PELÉE

Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di

bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat

Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut.

Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902,

selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah

lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan

cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter

terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak

menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu

runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas

mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint-

Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh.

Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam

bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan

Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung

berapi di atas Mont Pelée.

UMUM 
MAKIAN

MAKIAN, salah satu daripada lima buah pulau rempah di utara Maluku, bahagian timur Indonesia. Nama asalnya ialah Waikiung. Sebahagian daripada penduduk pulau ini ialah rumpun Austronesia. Makian ialah pulau kecil yang dipenuhi beberapa gunung berapi yang masih aktif. Sejak beberapa abad, penduduk pulau ini terpaksa menetap di Pulau Halmahera yang berdekatan untuk mengelakkan lahar gunung berapi. Walaupun ada penduduk yang kembali semula menetap di Pulau Makian, tetapi kebanyakannya terus tinggal di Halmahera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TAMBAK RAKSASA

Tambak Raksasa merupakan pembentukan

palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara

Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya

daripada legenda lama bahawa tambak tersebut

dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai

Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland

ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn

MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland,

menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba.

Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam

basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat

antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya

sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu

antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji

bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil

daripada pengecutan aliran lahar.

Lihat juga Basalt.

UMUM 

Kembali ke atas