Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Disisih bagai antah.

Bermaksud :

Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. boleh berikan perbezaan bentuk dan makna antara satu, suatu, dan sesuatu.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, satu bermaksud 1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa:  2. (bahasa percakapan) ganjil (dalam maksud mencemuh, marah, dan lain-lain), lain daripada yang lain, pelik 3. bersebati (menjadi satu) 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sebagai suami isteri) 6. (bahasa halus) melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan . Suatu bermaksud 1. hanya satu, satu 2. (sastera lama) tiap-tiap satu 3. (sastera lama) pertama-tama, yang pertama. Sesuatu bermaksud perkara (hal, barang, dan lain-lain) yang kurang atau belum tentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna06.07.2014
Saya Haswanee Jekdoloh dan Saya ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna istimeywaIstimewa membawa maksud: 1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus; 2. lain daripada yang lain, luar biasa.Makna29.10.2015
SAYA RY SRALYHAS SAYA BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA ISTIMEWA TERIMA KASIHIstimewa membawa maksud: 1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus; 2. lain daripada yang lain, luar biasa.Makna28.10.2015
Saya nama Nareemah Sahok belajar bahasa melayu dasar inginkan bertanya tentang tata bahasa apakah makna istimeawaMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Istimewa membawa maksud: 1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus; 2. lain daripada yang lain, luar biasa.Makna28.10.2015
saya nama haswanee chekdoloh saya belajar bahasa melayu. .saya ingin bertanya tentang bahasa melayu.Apakah makna istimiwa.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Istimewa membawa maksud: 1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus; 2. lain daripada yang lain, luar biasa.Makna28.10.2015
Adakah penggunaan "ke" dan "daripada" dalam ayat di bawah betul? Jika salah, harap dibetulkan. "Jika anda bertukar ke syarikat insurans yang lain atau bertukar daripada satu polisi ke polisi yang lain,..." Terima kasih"Jika anda bertukar kepada syarikat insurans yang lain" dan "Bertukar daripada satu polisi kepada polisi yang lain".Lain-lain16.08.2017
Adakah betul penggunaan 'daripada' - aduan daripada pelanggan - program pengajian daripada fakulti - graduan daripada bidang lain - daripada universiti awamSemua contoh penggunaan kata sendi 'daripada' yang diberikan adalah betul.Tatabahasa22.01.2021
lanjutan daripada pertanyaan saya tentang dan lain-lain n dan sebagainya, saya ada menonton rancangan kelas sebelah di rtm1, menurut guru dalam racangan itu, ada perbezaan antara dan lain-lain n dan sebagainya. oleh sebab masa itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas, saya harap tuan dapat mencari dan menrujuk serta menjelaskan perkara ini kerana kebiasanya kamus hanya memberikan maksud sesuatu perkataan dana bukannya menjelaskan hukum tatabahasa. terima kasih.Kami menerima frasa dan lain-lain serta dan sebagainya sebagai sama, iaitu padanan et cetera dalam bahasa Melayu. Jika ada perbezaan pendapat daripada sumber yang lain, sila dapatkan kepastiannya daripada pihak yang berkenaan.Tatabahasa18.12.2013
Tuan/Puan, Apakah perbezaan di antara bibliografi dengan bibliografik?Perkataan yang betul ialah bibliografi yang bermaksud 1. senarai terbitan (buku dan lain-lain tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang 2. senarai buku, makalah dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya.Istilah16.12.2016
Salam sejahtera,1. Saya ingin tanya penggunaan "dan lain-lain"boleh digunakan atau tidak.Contohnya "Di dusun datuk ada banyak pokok buah-buahan seperti pokok durian,pokok manggis,pokok ciku dan lain-lain."Adakah sepatutnya digantikan dengan "selainnya/sebagainya" 2.Ayat manakah yang betul? "Meja ini diperbuat daripada kayu"atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? Terima kasih.Penggunaan …dan lain-lain tidak menyalahi hukum tatabahasa dan sama maksud dengan dan sebagainya (bukan selainnya). Kata terbitan dibuat dan diperbuat boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan, membuat bentuk pasifnya ialah dibuat, manakala memperbuat bentuk pasifnya ialah diperbuat. Tatabahasa11.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas